Tuesday, May 1, 2012

Ibu..................

Ini kisah ibu yang buta sebelah mata.  Ibu tua ini mempunyai seorang anak.  Dengan penuh kasih sayang ibu ni memelihara anaknya.  Anak perempuan ni pabila meningkat remaja berjaya menjejakkan kaki ke menara gading menjadi pegawai besar dan mempunyai ramai pekerja bawahananya.

Anak ini sudah punya ramai kawan2.  Kawan2 yang sama2 belajar dan juga punya jawatan tinggi.  Pada ibu, sudah mula tinggal jauh.  Malu melihat ibu yang tidak sempuna, hanya punya sebelah mata.

Tidak lama setelah bekerja, anak perempuan sebelah mata ni berpindah ke selatan dan berkahwin dengan kekasihnya.  Mereka dikurniakan anak.

Pabila si ibu mendengar berita kelahiran cucunya, berangkatlah dia ke rumah anaknya.  Alangkah sedih dan malunya si ibu bila di panggil nama anaknya, anaknya pura2 tidak mengenali ibu ini kerana ia buta sebelah mata.  Cucu perempuannya mula menangis ketakutan melihat perempuan tua yang buta sebelah mata.  Bertambah marahlah si anak pada ibunya yang datang menggnggu ketenteraman hidupnya .

Tinggi suara anak memarahi ibunya di depan keluarga dan kawannya yang kebetulan berada di rumahnya.........
 
Ekoran peristiwa tersebut, siibu tidak pernah lagi bertemu anaknya.  Selang beberapa tahun, sekolah tempat anak itu belajar mengadakan perjumpaan murid2 tua.  Anak perempuan ni balik ke kampung untuk bertemu kawan2nya.

Sesampai di kampung, ia teringat rumahnya.  Rasa ingin melihat rumah kelahiran  timbul membuak2.

Bila sampai dilihat rumahnya telah uzur dan usang.  Ibunya tidak kelihatan.  Kebetulan, jirannya yang masih hidup kenal dia.  Anak tersebut dijemput naik ke rumah.  Jiran tersebut memberi surat.  Surat tersebut adalah amanah perempuan buta sebelah mata agar diberikan kepada anaknya sekiranya ia balik ke kampung.

Kandungan surat............

Anakku!!!  Ibu tahu kamu malu mempunyai ibu yang cacat sebelah penglihatan.  Tapi tahukan kamu kenapa ibu tidak mempunyai sebelah mata.  Ketika kamu kecil, kamu suka bermain basikal dan pada suatu hari kamu kemalangan ketika menunggang basikal.  Mata kiri kamu buta.  Ibu tidak mahu kamu membesar dengan keadaan buta sebelah.  Diejek oleh kawan2 di sekolah dan di kampung.

Oleh itu anakku..... Ibu telah hadiahkan sebelah mata ibu untuk anakku.  Ibu harap kamu akan menggunakan mata ibu itu sebaik2nya................

3 comments:

  1. Assalamualaikum!

    Ibu walau macam mana sekali pun,tetap mahu anak nya hidup sempurna.Biar ibu yang melahirkan susah,biar ibu lapar,biar ibu derita...untuk melihat anak nya jadi seperti ibu..tidak sekali-sekali.

    Kasih ibu tiada tandingan dengan mana makhluk sekali pun.Jgn sakiti hati ibu.

    ReplyDelete
  2. Salam Opah...

    Kasih ibu tiada ganti.Hargailah sementara Ibu masih hidup.Jangan nanti bila dah tiada baru nak tercari-cari.

    Bila ibu dah tiada,tiada lagi doa mustajab untuk kita.Thanks for sharing Opah!

    ReplyDelete
  3. Dear opah~ Ampun maaf di pinta..halalkan makan minum dan air susumu...

    p/s: sile2 cepat lepaskan diri den menjadi bini org opah...agar diri ini lebih memahami perasaan sorg ibu hehehe

    ReplyDelete