Friday, May 18, 2012

The Journey Of My Life - Part 5

Umur ayah Opah ketika menamatkan perkhidmatan sebagai AC dalam lingkungan 38 tahun.  Waktu tu Opah baru berumur 5 tahun.  Kami pindah balik ke Kampung Guntung, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar.  Ayah dan ibu Opah buat pilihan balik ke Kampung Guntung kerana ibu Opah ada tanah peninggalan arwah suami pertama ibu Opah.

Masa dulu lepas tamat berkhidmat sebagai AC dapat anugerah tanah.  Ayah dapat tanah hutan seluas 6 ekar di Tanah Merah, Lubuk Merbau.  Ayah usahakan tanam getah.  Dari tugasan mencari komunis, ayah bertukar menjadi penoreh getah dan pesawah padi.  Rumah kami ayah bina sendiri di persimpangan anak sungai dan sungai.

Ayah dan mak Opah keluar menoreh getah waktu pagi.  Hari masih gelap lagi.  Abang dan kakak Opah pergi sekolah.  Jadi tinggal Opah sorang2 kat rumah.  Kebetulan rumah Opah dekat dengan rumah kakak tiri Opah.  Dia la yang banayk dok jaga Opah masa kecil.

Opah pernah juga mengikut ibu dan ayah Opah pergi memugar tanah yang baru ayah Opah dapat.  Masa tu tak rasa takut.  Kadangkala kami pergi hingga petang baru balik.  Kadangkala, baru sampai aje, ayah Opah dah ajak kami balik.  Ada masanya,  semasa dalam hutan, Opah dapat bau orang menumis kari, wangi benar.  Kebiasaannya di hutan terdapat pelbagai bunyi terutama bunyi burung dan cengkerik.  Tapi yang peliknya, ada masa sunyi sepi..............

Di tanah anugerah tu, ayah bina pondok.  Atas pondok tu la Opah selalu duduk tunggu mak dan ayah Opah menyangkul dan menanam anak getah.  Ayah Opah kuat kerja, maklumlah anak pendatang dari Acheh.  Mak Opah pun sama.  Mungkin darah Kerinchi dan Jawa yang mengalir dalam badan mak Opah, menjadikan dia kuat bekerja.  Tak pernah Opah dengar mak dan ayah Opah mengeluh, walaupun kehidupan tidak mewah - hanya cukup makan sahaja.

Bila musim menanam padi, Opah ikut mak, ayah, abang dan kakak ke bendang.  Bukan menolong pun, jadi tukang sibuk aje....Masa tu tak ada teknologi lagi.  Ayah, mak, abang dan kakak mencangkul tanah bendang sebelum tanah dilembutkan dengan direndam air.  Orang yang ada duit lebih akan upah orang membajak, selalunya dengan menggunakan kerbau atau traktor.  Lepas bajak, tanah yang lembut akan disikat.  Pada masa ni benih dah ditabur dalam tapak khas.

Waktu menanam seronok.  Selalunya menanam dibuat secara gotong royong.  Bergilir2.  Tuan punya bendang hanya sediakan air minuman dan sedikit pengalas perut.  Kami yang buduk2 akan jadi tukang bawa benih.  Tak peduli dah, selut yang melekat kat kaki, badan dan adakala sampai ke muka.!!!!!!!!!

Badan dah berlumpur, apa lagi.....ramai2 terjun masuk sungai!!!!!!!!!!! Yang lelaki  kebanyakan pakai sut original, yang perempuan kalau kecil juga sut original, yang dah besar tu ..........pakai seluar atau kain kemban...........

Seluar dalam tu, buatan sendiri.  Bukan macam sekarang.  Seluar dalam Opah, mesti ada getah di kaki.  Opah pakai seluar dalam dan baju dalam jahitan mak Opah sampai Opah Tingkatan 3.  Ambik kau..........selesa!!!!!!!!!!

Masa mandi, Opah selalu usik kawan Opah yang berkemban.  Kain kemban, bila dalam air akan mengelembung.  Apa lagi....Opah berenang perlahan dan terus tepuk kain yang mengelembung.  Menjerit dia orang terkejut...................Kadang2 Opah menyelam dan tarik kaki...........

Masa tu.........walau pun berseluar dalam sahaja, tak ada pula orang yang nak raba ke, nak cabul ke.............

2 comments:

  1. skang kalo pakai suar dlm jek...pakat2 kenduri le opah hehe

    ReplyDelete
  2. haha..patut la mak kwen ngan abah.. rupenya bendang ngan mak xdpt dipisahkan.. hehe

    ReplyDelete