Saturday, May 12, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa

Hari ni boleh dikatakan semua stesen radio berbicara tentang ibu.  Pelbagai lagu yang memuji ibu dan ayah disiarkan.  Dari lagu P. Ramlee hinggalah ke lagu nyanyian Zainal Abidin.  Tak cukup lagu ibu, lagu Opah pun disiarkan.....

Setiap kali lagu Sudirman tentang ayah dan ibu, Opah pasti mengalir air mata.  Sungguh syahdu lagu itu.  Teringat Opah waktu kecil ketika Opah disikatkan rambut oleh ibu Opah.  Ibu menjerang air bagi menyediakan air mandian  di waktu pagi kerana Opah tak mahu mandi pagi kalau air sejuk.  Air zaman dulu, betul2 sejuk.  Zaman Opah tak ada heater lagi.  Ibu Opah akan sediakan sebaldi air sejuk dan dicampurkan dengan secerek air panas.

Baju sekolah Opah sentiasa keras dan bergosok.  Dulu baju guna kanji dan diseterika menggunakan seterika arang.  Kalau tak ada arang, ibu akan bakar tempurung kelapa.  Kalau guna tempurung kelapa, bara akan cepat padam.  Opah masih ingat, waktu petang Opah akan berjalan di tepi jalan raya untuk mengutip arang yang jatuh daripada lori arang.  Kalau ibu Opah tak sempat gosok, Opah letak baju dan skirt di bawah batal, macam yang P.Ramlee buat dalam filem Bujang Lapok.

Opah suka sangat baring di atas riba ibu Opah.  Bila tak bersuami, perangai mengada2 itu Opah ubah pada riba suami.  Sampai dah tua ni pun, Opah masih buat perangai yang sama.  Kadang2 anak2 ketawakan Opah, tapi ada Opah kisah.  Nak baring atas riba anak, masing2 dah keje dan bersuami.  Marah pula suami dia orang nanti.

Ibu Opah tak banyak cakap.  Tapi ibu Opah cerdik orangnya.  Lulus darjah 5 dan boleh jadi cikgu, tapi tok wan Opah tak benarkan.  Jadilah ibu Opah cikgu mengajar baca Quran.  Masa dok mengajar Quran, tu la jumpa dengan ayah Opah..... Pandai juga ayah Opah mengorat anak guru Quran.

Opah sekolah orang putih tapi kat kampung tak ada geng nak cakap orang putih.  Cikga kata kalau nak pandai cakap orang putih mesti amalkan.  Ha ni yang bestnya.  Kawan Opah cakap orang putih tak lain tak bukan ialah ibu Opah.  Opah cakap, dia senyum.  Opah paksa ibu Opah cakap dengan Opah dalam bahasa  gomen.  Tak banyak yang ibu Opah boleh cakap tapi cukup la jadi tukang dengar.

Kebelakangan ni terasa benar rindunya Opah pada ibu Opah...........

2 comments:

  1. rotan opah ku ingat selalu....

    SELAMAT HARI IBU.....

    ReplyDelete
  2. Sedih bila ada anak-anak yang tak menghargai ibu mereka,mungkin mereka belum menjadi ibu,jadi tidak dapat menyelami hati seorang ibu.Selamat Hari Ibu!

    ReplyDelete