Wednesday, September 26, 2012

TJOML - Part 6

Zaman kecil Opah penuh kesusahan tapi tak ada pula TV3 macam sekarang yang menceritakan kesusahan insan tertentu sambil merayu bantuan sesiapa yang iklas membantu.  Ramai yang minta disiarkan kesusahan hidup.  Walaupun susah, tapi ayah dan mak punya harga diri yang tinggi.  Kadangkala ada orang kampung  beri kami ice cream batang atau kuih.  Kalau ayah nampak kami ambik, alamat nahas le kami.

Satu lagi zaman dulu tak ada kes dera anak dilaporkan.  Kalau ada, ayah Opah adalah orang pertama yang akan kena tangkap.  Opah tak bernasib baik.  Kakak, abang selalu sakit, tambah untung  abang, dia dsatu2nya anak lelaki.  Jadi, yang kerap jadi bahan marah ayah dah tentulah Opah.  Yang peliknya, walaupun kerap kena pukul dan marah, Opah paling rapat dengan ayah.  Ke mana ayah pergi, Opahlah yang selalu jadi tukang escort.  Dik selalu kena marah dan pukul, Opah jadi  nakal dan lasak.

Dalam kelasakan dan kenakalan Opah, Tuhan anugerahkan suara yang tak berapa nak merdu dan otak yang tak berapa nak ok.  Zaman dulu mana ada tadika atau taska.  Opah cuma ikut abang dan kakak yang mengulangkaji pelajaran di rumah.  Tu pun waktu malam dengan bercahayakan lampu gasolin bila ada minyak.  Kalau tak, pelita minyak tanah.  Lepas duduk tepi pelita, korek hidung, gerenti hitam punya.  Jelaga!!!!!!

Waktu petang, Opah mengekor abang dan kakak pergi mengaji Al-Quran.  Yang bestnya, abang dan kakak yang sepatutnya habis dulu, tapi Opah yang qatam Al-Quran - umur 6 tahun.  Ustazah panggil Opah, Hajah Rogayah Sulung - Johan Qariah Musabaqah.  Kalau Ustazah nak tinggalkan anak muridnya sekejap, biasanya Opah yang jadi cikgu,  ajar kawan2 yang lebih tua.  Apa lagi, mulalah akitivit membuli ,  Kebiasaannya, dia orang suruh Opah ubah sampai satu muka surat.  Takut punya pasal, Opah ikut.   Bila Ustazah check, kantoi.............ambik kau!!!!!!!!! Rotan naik belakang.  Kali ni,  Opah ketawa kuat kat abang dan kakak.  Padan muka, selalu Opah aje yang kena.  Rasa kan.........................!!!!!!!!!

Balik rumah, sapa pun tak berani mengadu pada ayah atau mak.  Kalau adu, alamat.........................





No comments:

Post a Comment