Monday, December 31, 2012

Kenapalah Orang Kite???

Hari ni last day untuk tahun 2012.  Heboh sana sini nak celebrate dengan orang tersayang.  Anak Opah yang sulung pun dapat jemputan - satu yang dah tak ada gigi dan satu lagi gigi masih penuh.  Alhamdulillah, dua2 anak Opah tolak.  Kalau dia terima, dah tentu Opah dengan Tok Wan terima sedikit balanya.

Yang ramai dok sibuk ni orang Melayu.  Masa masuk Muharam, tak pula macam ni sibuknya.  Tak ramai pun yang nak buat azam baru.  Tak ramai juga yang berdoa minta tahun baru bertambah rezki, bertambah kuatnya iman.  Dah yang paling bestnya, tak pula gomen sibuk nak buat sambutan.  Tak ramai pula artis nak buat persembahan!!!!!!!!!!!

Cuba bayangkan bila sambutan ala2 barat ni diadakan, siang2 lagi mat, minah dan maminah keluar rumah.  Berapa banyak tempat solat disediakan dan berapa ramai yang sempat bersolat.  Solat zohor, asar, maghrib dan isyak.  Kadangkala ada yang sampai ke subuh!!!!!!!!!!!!

Pernah tak kita buat analisis bangsa yang berpusu2 menyambut di padang, di studium, di Mall, di night club dan di mana2 aje.......bangsa apa yang banyak..................!!!!!!!!!

9 bulan dari tarikh keramat ni, jangan pula nak sedih bila dengar bayi dibuang, dibakar, didera dan pelbagai di...................

No comments:

Post a Comment