Monday, December 10, 2012

Lambaian Kaabah: Angguk Belatuk

19 Oktober 2012 (Jumaat). Opah rasakan hari berlalu terlalu cepat.  Dah jam 11 pagi. Tok Wan sibuk iron baju nak pergi sembahyang Jumaat.  Opah asyik dok tengok phone.  Kenapa tak bunyi.  Rasa hampa dah mula datang semula.  Tak ada rezki nampaknya nak pergi Haji tahun ni.  Kawan dan saudara mara asyik dok tanya, bila flight berangkat.

Tak tahu Opah nak jawab ape.  Kadang2 timbul rasa malu.  Malu akan pandangan rakan dan saudara.  Maklumlah kita hanya pesara.  Nak pergi pula dengan syarikat.  Semua tahu, bila dah sukar dapat visa haji, wajiblah harga tambang dan service naik.    Kalau dah harga melambung tinggi manakan mampu kita yang duit hanya seciput!!!!!!!!!

Opah rasa mungkin Tok Wan dah menyampah tengok muka Opah yang macam kucing nak beranak. Gelisah.  Macam orang yang akan menjalani hukuman...........

Tepat jam 11.30 pagi kerani syarikat dari Shah Alam call.

Kerani :  Ini Puan Asmah ke?
Opah:  Saya.  Ini siapa????
Kerani:  Saya kerani Syarikat Zahafiz.  Visa haji Puan dan suami Puan dan diluluskan
Opah: Alhamdulillah (tak sedar air mata gembira mengalir keluar)
Kerani: Puan kena turun KL dan standby untuk bertolak ke Mekah bila2 masa sahaja.  Kami sedang membuat tempahan tiket kapalterbang.

Letak telefon, Opah bagitahu Tok Wan.  Tapi yang peliknya Tok Wan terus iron baju macam tak ada apa2 berlaku.  Opah ulang bagitahu.  Tok Wan kata dah dengar.  Opah ingat Tok Wan tak dengar.  Rupa2 dia dengar tak ada reaksi.  Mungkin pada dasar nampak macam Tok Wan ok, tapi sebenarnya dia sendiri dah putus asa!!!!!!!!!

Tok Wan tanya bila terbang.  Opah tak boleh nak jawab.  Opah kata kita kena standby.  Anytime!!!!!!!
Berapa kena tambah???????????

Terkejut Opah!  Selama ni;;;;;;;;;; bila Opah dok bagitahu  jumlah yang kena tambah, Tok Wan angguk. Rupa2nya angguk burung belatuk!!!!!!!!!!!! (ada sesiapa yang macam ni??????)

No comments:

Post a Comment