Monday, December 24, 2012

Lambaian Kaabah - Terbangkah Kami???

Pagi lagi Opah dah bersedia.  Maklumlah hari ni Opah dan Tok Wan akan terbang ke Mekah.  Hati masih lagi risau.  Betul ke kami nak bertolak hari ni.  Dah dekat benar dengan hari wukuf.  Tak pernah terjadi ni!!!!!

Opah siap jubah putih, seluar putih dan tudung putih.  Opah nak pergi dengah hati yang putih bersih.  Nak taubat nasuha di Masjidil Haram.  Dapatkah Opah melihat Kaabah.  Orang kata ada Jemaah Haji yang tak nampak Kaabah.  Bimbang Opah!!!!!!!!!  Ya Allah, Ya Tuhanku, Janganlah kau masukkan aku dan Tok Wan ke dalam golongan orang2 yang kau murkai!!!!!

Tok Wan juga sama macam Opah.  Excited....dok try kain ihram, dua tiga kali.  Tok Wan pakai kain ihram yang diberikan oleh Syarikat Zahafiz.  Sekejap Opah tengok cop syarikat di atas dan sekejap lagi terbalik...Opah tanya Tok Wan, dok try tu pakai seluar dalam tak??? nanti baru cucu terkejut .....apa tu tok wan????

Jam 1.30 tghari dah sampai rombongan Opah dan Tok Wan ke KLIA.  Yang hantar anak2 Opah yang dah punya pasangan - Nona & Razif + Dahnia, Kakcik & Jasni + Afiqah dan Alya & Fuad + akan datang.... yang single mingle dah balik sebab si Ucu ada aktiviti sekolah.  Dah nak tutup sekolah pun masih banyak aktiviti......isy3x!!!!!!!!!!!

Kat KLIA dah ramai jemaah haji - ada pelbagai syarikat.  Alhamdulillah, urusan beg mudah sekali.  Bagi kat petugas Zahafiz, settled...............

Menantu sulung Opah mula hilang.  Apa lagi kalau tak round airport.  Lama juga nak tunggu sampai pukul 6 ptg baru nak terbang.  Dah lama tunggu, perut pun rasa lapar.  Cucu2 dah gelisah.  Buku anak cucu yang gelisah, Opah dengan Tok Wan lagi gelisah.  Jadi ke terbang?????????



Anak. Menantu dan cucu!!!!!!!!

Jam 3 ptg, menantu sulung datang semula kat kami.
Menantu :  Mak pergi dengan syarikat apa?
Opah :  Zahafiz.  Kenapa?
Menantu :  Ada Jemaah yang tak dapat tiket kapal terbang.  Syarikat dari Melaka agaknya!
Opah :  Mak Syarikat Shah Alam
Menantu :  Tu tengah kecoh tu...........wartawan pun ada ..........
Opah & Tok Wan - mula pandang memandang.  Bukan pandang main cinta............pandang bimbang.......... Jantung Opah dah mula berdegup kuat.  Jangan buat hal sudahlah jantung!!!!!!!!!!!!!!1

No comments:

Post a Comment