Friday, December 7, 2012

Lambaian Kaabah

Sudah lama Opah tak update blog Opah.  Bukan malas, bukan juga tak ada masa, malah bukan tak ada laptop tapi masa ditumpukan pada aktiviti lain yang Opah fikir perlu diberikan perhatian.  Apa tu Opah???????????

Jawapan :  Kan Opah ni dah berada di zon senja.  Cahaya matahari pun dah tak terik atas kepala.  Jadi dah pencen ni, eloklah baca kitab2 yang dulu dibeli atau diberi tapi tak pernah habis2 dibaca.  Kalau dulu pergi konvensyen, bengkel, mesyuarat, jadi la ni pi la dengar tazkirah, ceramah, sirah dan apa juga yang boleh tambah ilmu akhirat.  Dah tua baru nak sambung mengaji!!!!!!!!!! isy3x!!!!!!!!!!!..........................

Alhamdulillah!!! Dulu pergi sorang2, la ni pergi mana pun dengan Tok Wan.  Bagus juga..... tambah loving. He3!!!

Opah dan Tok Wan dah lama mengidam nak pi Mekah.  Masa kerja banyak komitmen, anak pun perlu perhatian,  Jadi, Opah ingat bila Tok Wan pencen, masukkan duit cukup2, boleh le pergi.  Rupanya salah!!!!  Kau kena daftar dulu.  Kenapa la agaknya Tabung Haji tak bagi tau pada orang ramai.  Dah nak pergi, baru terkejut beruk (kenapa orang guna nama beruk ya????).  Daftar dulu, dapatkan giliran.  Tahun 2008 baru nak mendaftar, jadi gilirannya tahun 2021.  Ambik kau!!!!!!!!!!! Mula menabung tahun 1976 - potong gaji lagi!!!!!!!!!!!!!

Opah bincang dengan Tok Wan,  kalau nak tunggu giliran Opah mungkin tak berdaya lagi.  Maklumlah masa tu Opah dah 68 tahun, Tok Wan dah tentu 73 tahun.  Opah bimbang, masa tu kami bukan lagi lumba berjalan, tapi berlumba naik wheel chair.

Akhirnya Opah dan Tok Wan sepakat nak pergi menggunakan khidmat Syarikat Swasta,  Kosnya lebih sikit, tapi kami rela asalkan dapat pergi ketika kudrat masih ada.  Kata orang syarikat, insyaallah dapat pergi tahun 2012.  Hari Sabtu pergi ceramah haji anjuran syarikat, hari Ahad pergi pula ceramah haji anjuran Tabung Haji.  Maklumlah nak perkasa diri supaya dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna!!

Itulah rutin Opah dan Tok Wan.  Habis ceramah, baca buku.  tak cukup dapatkan tip daripada pak haji dan mak2 hajah.  Kutip semua.......

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan....sampai masa penerbangan pertama ke Mekah.  Jemaah yang berjaya menunaikan haji tahun ini, dah mula dapat tahu.....tapi Opah dengan Tok Wan, sunyi sepi.  Macam mana ni???????????

Pejabat syarikat dikunjungi.  Opah tanya macam mana kedudukan kami

Kerani :  Tahun ni tabung haji tak bagi quota.  Kita tunggu quota tambahan
Opah :  Opah dengar quota tambahan tak dapat.  Betul ke???????
Kerani :  Kami tak berani nak bagi jawapan.  Kena tanya Dato'!!
Opah :  Ok le... ada news bagitahu saya.....

Selang sehari, melalui sms dan panggilan telefon, Opah dan Tok Wan dijemput menghadiri kursus Haji Mega di Masjid Shah Alam pada 15.09.2012.  Sujud syukur Opah dan Tok Wan pada Allah, akhirnya impian tercapai jua.

Bila sampai Masjid Shah Alam, satu demi satu aktiviti dijalankan.  Dari mendengar ceramah, sampailah aktiviti tawaf, sa'i dan melontar tapi tarikh nak pergi tak dikhabarkan pun.  Sampai nak balik, hati dah tak boleh tahan.  Opah ingat Opah aje yang nak tahu, rupa2 orang lain pun sama.  Masa penutupan, soalan cepu emas pun keluar.  Bila tarikh kami nak terbang??????????

AKAN DIMAKLUMKAN BILA DAPAT QUOTA DARI ARAB SAUDI!!!!!!!!!!

Opah tak sedar air mata keluar.  Hampa!!!!!!!!!!!

Satu demi satu, kapal terbang berlepas.  Tup3 Cikgu Salmah Kamunting, kawan yang nak pergi dengan syarikat sama telefon.  Rupanya setiap masa dia menelefon merata.  Tabung Haji, Dato' dan rakan2 dia yang lain.  Dato' maklumkan ada 58 tempat kosong yang diberi last minute oleh Tabung Haji.  Kos mahal sikit.  Syarikat contact dia dan dia masukkan nama Opah dengan Tok Wan.  Dia suruh Opah pergi syarikat (cawangan Taiping) masa tu juga.

Sampai syarikat, Opah rasa cukup kecil hati.  Kerani yang Opah tanya suruh bagi tahu bila ada news, tak telefon Opah pun.  Dia pilih bulu.  Pilih orang yang dia kenal dan dia tahu ada duit.  Maklum la Opah orang pencen.  Opah perli juga, tugas dia telefon semua Jemaah, bukan pilih2.  Biar bakal jemaah buat keputusan.  Dia tak ada hak nak buat keputusan utk orang lain.  Mana dia tahu, orang ada duit ke tidak!!!!!! (Perangai orang Melayu, yang pakai kereta mewah dan baju mahal - tanda orang ada duit!!!)

Sekali lagi 15.10.2012 dijemput ke taklimat keberangkatan ke Mekah.  Sekali lagi ke Masjid Shah Alam.  Habuk!!!!! masih belum tahu tarikh berangkat.  Kawan2 dan jiran dah mula tanya, Bila nak berangkat?????

19 Okt penerbangan terakhir Tabung Haji.  15 Okt 2012 dapat call dari syarikat suruh datang ke pejabat.  Sampai sahaja, Opah diberitahu pasport Opah dan Tok Wan dah dihantar untuk dapatkan visa Haji.  Berita gembira Opah beritahu Tok Wan, tapi respon Tok Wan negatif.  No respon.  Syarikat minta bayar semua.  Dari RM23 k naik kepada RM29k seorang.  Bayar.............

16, 17, 18 dan tarikh keramat 19 pun sampai.  No news.  Jam 10 pagi, Cikgu Salmah call.  Dia call Dato'.  Masa tu Dato' dah kat Mekah.  Dato' kata kalau sampai jam 12 tgh tak dapat visa, maknanya gagal.  Pergi tahun depan................................





2 comments:

  1. Dugaannnn... Tapi disebalik kepahitan pasti di akhiri kemanisan..

    ReplyDelete
  2. Memang besar dugaan. Dah balik lagi banyak dugaan. Sabar!!!!!!!!!!

    ReplyDelete