Wednesday, January 16, 2013

Adakala kita kena terima kenyataan...

Semalam waktu pagi lebih kurang jam 7.10 minit, Opah menonton Astro channel Al-Hijrah.  Program waktu tu Reflection, menghuraikan ayat2 dalam Al-Quran.  Opah tak ingat Surah mana yang dipetik.  Apa yang menarik penceramah dari USA membicarakan tentang jiran.

Opah tak jadi nak basuh baju.  Terberhenti Opah depan tv.  Harap2 jiran Opah yang kat depan tu tonton sama.  Tapi faham ke dia?  Tak apa.  Dia boleh baca sarikata.

Kata penceramah ni, kalau kita nak beli rumah, kena tengok siapa jiran kita.  Ini penting.  Jiran boleh mempengaruhi ketenteraman rumah kita.

Jiran Opah ni pelik sikit.  Dulu kerajaan Perak benarkan penduduk yang meneroka kawasan terbiar ni bertani.  Jadi ketua kampung mula bagi tahu anak buah untuk bercucuk tanam. Tiap keluarga dapat seekar. Nanti kerajaan akan beri geran.  Apa lagi, masing2 mula sukat pakai tali rafia dan tanam pokok sebagai sempadan.  Itu kisah pada awal 80-an.

Pegawai pejabat tanah pantau perkembangan orang kampung.  Kebanyakan hanya bina rumah dan kawasan lain terbiar.  Pada tahun 1988 kerajaan negeri tukar status kepada kampung tersusun.  Tanah dipecahkan ikut lot.  Tiap pemohon hanya dapat satu lot tanah rumah.  Keluasan dah tentu kecil.

Jadi, jiran Opah pun terima nasib yang sama.  Tanah yang direservekan untuk anak2nya dah jadi milik orang.  Nak jadi cerita, Opah terbeli tanah yang dah direservekan untuk anaknya.

Masa Opah beli, lot tu sebahagiannya dipenuhi pokok pisang.  Pokok pisang kan mudah membiak.  Bila nak buat rumah, Tok Wan tebang pokok2 pisang dan  ada yang Tok Wan atur di bahagian luar (reserve jalan) sebelah kanan  rumah Opah.  Nak jadikan cerita, subur pula pokok pisang yang Tok Wan atur tu.  Mungkin tepi paya.

Mungkin geram tengok daun pisang yang lebar2, jiran Opah tanpa segan silu bawa galah kait daun pisang tepi gate Opah.  Yang lucunya, masa dia tengah kait, Opah keluar rumah.  Hajat hati nak sembang, yang dia jadi malu sendiri dan lari bawa daun2 pisang tu apa hal!

Kalau ia pun dulu awak yang tanam pokok pisang tu, masa disuruh ambil semula pokok2 tu sebelum dibersihkan kenapa tak ambik?  Tapak rumah Opah ni bukan tanah dia lagi.  Dah ada geran pun.  Sekarang orang dah letak di bahagian rumah orang, kalau hendak pun mintalah dulu  Bukan setakat daun pisang, batang2 pisang pun Opah bagi....

No comments:

Post a Comment