Wednesday, January 30, 2013

Dera Fizikal vs Dera Emosi

Kita kerap bersimpati dengan orang yang didera secara fizikal.  Media heboh membincangkannya.  Tiap hari tiap masa kita dihadapkan dengan kes penderaan.  Latest yang sedang diperkatakan di media, kisah William, kanak2 6 tahun yang mayatnya dijumpai lemas, dikatakan adalah mangsa dera berdasarkan kesan penderaan pada fizikalnya.

Itu kesan yang nampak di mata.  Tapi dapatkah si mati menceritakan dera emosi yang ditanggungnya.  Opah juga waktu kecil kerap dirotan oleh ayah Opah.  Kadang2  kes kecil aje dah kena rotan.  Bukan waktu kecil aje kena rotan, Opah dah di tingkatan 6 pun masih kena rotan.

Walaupun kena rotan, Opah rapat dengan ayah.  Kalau ayah sejuk, Opahlah yang kena tidur menghimpit ayat di bahagian belakang.  Kalau ayah nak memancing di laut, Opahlah yang jadi peneman.  Duduk dalam perahu kecil dan bila balik rasa semua bergerak.  Bila  ayah belah batang pinang untuk buat mengkawan (batang untuk membuat atap nipah), Opahlah yang akan menyusunnya.  Malah, bila ada gelanggang silat dibuka, Opahlah orang yang dihantar untuk belajar silat.

Bila terlalu rapat dengan ayah sama ada suka atau takut, semua perangai ayah Opah kutip.  Ayah seorang yang berterus terang.  Cakap tak pakai lapik - lapik plastik ke, lapik sutera ke.  Bahasa bunga2 hanya waktu menyanyi aje.  Yang lain direct.  Yang istimewa tentang ayah Opah, bila dia ada duit, pasti dia beli daging, udang, sotong dan mi goreng mamak untuk kami.  Masa tu kalau dapat makanan macam ni, consider mewah dah!

Bila Opah dah berkeluarga, sedikit sebanyak Opah terikut cara Opah dibesarkan.  Disiplin begitu Opah titikberatkan.  Kalau tak dengar, alamat rotan (perasa insaf) sampai ke kaki atau tangan anak2 Opah.  Education very important, tak ada tolak ansur.  Tak belajar, kena rotan apatah lagi kalau malas mengaji Quran.  Pernah sekali, Opah naik fed up, asyik Opah aje nak didik anak2.  Opah minta pulak Tok Wan ajar  3 anak Opah yang tak pergi mengaji.  Bila Tok Wan dah kena bebel bab tanggungjawab bapa, apa lagi, dia pun ambil rotan dan kejar anak2.  Itulah kali pertama dan terakhir, Tok Wan pukul anak2, bukan 3 tapi keempat2 kena pukul termasuk yang kecik sekali.  Ambek kau!!!!!!!!

Sekarang Opah ada dua cucu.  Opah tengok cara pendidikan yang berbeza.  Adakah emosi anak2 Opah tercedera semasa Opah mendidik meraka?????????

Mari kita fikir bersama2 - kalau tak dapat jawapan, kita tanya ahli psikologi!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment