Saturday, January 5, 2013

Labaikallah Humbalaik

Dalam kebimbangan, tiba2 nama Opah dipanggil oleh petugas Zahafiz.  Dari jauh Opah dah nampak pasport Opah.  Bersama pasport diberikan buku kesihatan dan boarding pass.  Alhamdulillah!!!!  Tak lama kemudian, Tok Wan pula menerima pasport, buku kesihatan dan boarding pass.

Tepat jam 6 ptg, kapalterbang MAS mula bergerak meninggalkan landasan.  Tak Opah sedar air mata mengalir di pipi Opah.  Opah tengok Tok Wan memandang jauh ke luar.  Masing2 melayan perasaan...............

453 Jemaah Haji siap berihram berada dalam pesawat yang disewa khas oleh Tabung Haji.  Kami semua adalah jemaah terakhir.  Jemaah Haji Muasasah yang terakhir adalah pada 19 Okt sedangkan kami bertolak pada 23 Okt.  2 hari lagi nak wukuf.  Petugas Tabung Haji yang menyambut kami memberitahu telah lama beliau bertugas menguruskan Jemaah Haji, tapi inilah pertama kali Jemaah Haji sampai setelah airport ditutup dan semua Jemaah Haji bersiap ke Arafat.  Allahhu Akbar!!!!!!!

Jam 1.30 pagi kami sampai ke /Airport Jedah.  Urusan kemasukan ke Mekah mengambil masa 2 jam sahaja.  Opah sempat mandi, solat dan makan.  Kegembiraan berada di bumi Arab menghilangkan rasa letih.  Banyak proses yang perlu dilalui tetapi alhamdulillah, pemeriksaan imegresen tidak lama.  Kami sampai ke hotel jam 9 pagi.

Di Hotel, kami diarahkan berehat dan diminta bersiap untuk ke Arafah.  Kami diminta membawa pakaian dan keperluan secukupnya untuk ke Arafah, Muszalifah dan kemudian ke Mina untuk melontar.

Ketika sampai ke Arafah, khemah kami baru nak dipasang.  Hanya satu khemah diperuntukkan.  Wanita dan lelaki bercampur.  Tidak ada aircond.  Dalam kepanasan, kami duduk berhimpit2.  Ramai yang bersunggut............. Lain janji, lain dapat..........

Opah dengan Tok Wan dari Malaysia dah berjanji tak akan grumble dengan apa jua layanan yang diterima walaupun terpaksa membayar lebih sedikit untuk menjadi tetamu Allah......... Semua itu kami terima sebagai ujian dan terhapusnya dosa2 .....................

Ketika matahari mula menghilang, kami sudah berada di atas bas.  Ustaz membaca doa dan kami beramai mengaminkan.  Opah lihat ketika itu semua Jemaah Haji berdiri menghadap matahari tenggelam dan masing2 berdoa,  Ramai yang menangis menginsafi perbuatan silam.  Hilang rasa malu.  Opah lihat Tok Wan yang sukar hendak menangis, juga menitiskan air mata.......................

Ya Allah, ya Tuhanku, ampunilah dosa2 ku.................

No comments:

Post a Comment