Wednesday, January 16, 2013

Muszalifah Opah Datang

Memandangkan keadaan tak sempurna di Arafah, petugas Tabung Haji rasa bersalah agaknya.  Ganjarannya, geng 203 (Kumpulan Jemaah yang lewat sampai) dapat adalah menjadi kumpulan pertama ke Muszalifah.  Yep2 hore!!!

Elok saja mentari terbenam, bas bertolak ke Muszalifah, tempat mengutip batu untuk melontar.  Opah dan Tok Wan awal2 dah bersedia dengan uncang dan lampu suluh.  Sampai aje, Opah terus letak beg dan destinasi pertama ialah tandas.  Berlari Opah nak masuk tandas dulu.  Al-maklum kat Arafah, tandas selalu kena berbaris panjang.

Dah beres kantung kencing, Opah ambil wuduk dan alhamdulillah sempat berjemaah maghrib dan isya' dengan ustaz.  Lepas  sembahyang terus cari batu.  Jemaah belum ramai lagi yang sampai.  Opah kutip 72 biji tapi Tok Wan kutip sampai 100 biji.  Bukan Tok Wan aje yang kutip banyak, yang lain pun macam itu juga.  Kesian, orang belakang.  Jenuh depa nak cari batu...........

Lepas dapat batu, Opah pergi ke tempat Opah letak beg.  Dah penuh jemaah  kat situ.  Opah pun minta laluan nak duduk tempat Opah letak beg.  Deme kata beg Opah tak ada.  Opah cari juga.  Punya le bagus, beg Opah deme tindan dengan beg deme.  Mana nak nampak!  Macam mana agaknya nak duduk.  Masing2 buat selamba rock...

Malas Opah nak gaduh.  Banyak lagi tikar kosong.  Opah pergi ke tikar 3 yang baru dibentang.  Beg Opah tak ambil.  Lantak kat situ.  Opah baring.  Terlelap Opah.  Opah terkejut bila dengar bunyi wisel minta kami semua bangun untuk menuju Mina.

Terkejut Opah.  Tak boleh bangun.  Bila nak telentang untuk bangun, badan tak boleh gerak.  Penuh manusia kiri kanan atas bawah.  Mak ai.  Mana datang.  Tadi kosong aje.  Opah minta orang yang sebelah Opah mengiring kerana Opah nak bangun.  Nasib baik jemaah ni tak buat selamba.  Boleh le Opah bangun. Dah bangun, timbul masalah nak berjalan ke luar. Lautan manusia.  Maaf ya!  Opah terpaksa langkah mike!!!!

Bila bas datang, berlari kami naik bas.  Bukan bas tak cukup, tapi tabiat, tengok orang berlari, kita pun berlari.  Bayangkan orang tua lelaki dan perempuan dalam ihram berlari bawa beg.  Isy3x!!!!

Sampai di Mina, parking beg dan Opah seperti biasa berlari ke tandas.  Tandas dan Opah sinonim.  Bukan apa, orang kata di Mina selalunya jemaah tak mandi sebab tandas tak cukup.  3 hari 3 malam, hanya sapu air aje!!!

Sebelum sapu air, jom kita mandi.  Biar orang cari port strategik untuk landing, Opah mandi dulu.  Rupanya dalam Opah sibuk bersiram, Tok Wan puas jeguk khemah Opah, cari Opah.  Lepas mandi, baru nak sampai khemah, Tok Wan dan block kat jalan, "Pi mana, puas cari!"




No comments:

Post a Comment