Thursday, January 10, 2013

Orang Macam Ni Pun Ada........

Hari ni Opah nak cite tentang manusia yang berjuta kat tanah suci Mekah.  Masa kami kat Arafah yang seumpama Padang Masyhar tu, Opah tengok pelbagai ragam.  Kalau di jalanraya, tak putus2 orang - ada yang berjalan dan tak kurang yang duduk di tepi2 jalan dengan beralaskan tikar ataupun kain.  Bukan saja orang dewasa, malah kanak2 pun ada.  MasyaAllah!

Panas tak dapat nak dikatakan.  42 degree Celcius katakan.  Pokok nak berlindung pun dah la jarang2, tinggi kurus pula tu atau masih anak pokok lagi.  Kalau kau sendeng2, mahu jatuh daun ke, patah ranting ke, alamat selok poket bayar dam le....

Kumpulan kami, awal2 lagi Ustaz dah bagi tau.  Masa kat Arafah, paling mujarab nak berdoa.  Doalah minta ampun dan apa jua daripada Allah, besar kemungkinan terangkat doa tersebut ke langit.

Opah dari Malaysia dah karang doa2 nak dipohon masa di Arafah.  Lepas solat berjemaah, Opah dengan Tok Wan cari port yang selesa untuk berdoa.  Alhamdulillah, dapatlah berteduh bawah pokok.  Tok Wan berdoa dan Opah mengaminkan doa Tok Wan.  Tapi, awal2 Opah warning Tok Wan, baca doa kuat2.  Bukan ape!! mahunya Tok Wan doa nak buka cawangan, naya Opah mengaminkannya...........Orang lelaki ni bukan boleh percaya 100 peratus.  Kata bapa Opah, Orang jantan baik muda atau tua (bapa Opah kata orang tua yang hanya mampu bawa dua biji kelapa tua)- dua perkara tak boleh percaya, duit dengan betina. Kena ingat pesanan bapa Opah tu....................maklumlah yang pesan juga jantan.  He3x!!!!!!!!!

Masa dok khusyuk berdoa, Opah tak ambil pusing sangat dengan telatah jemaah lain.  Tapi anak saudara Opah dan Ustaz sentiasa memerhati gelagat Jemaah.  Dalam orang dok sibuk berdoa sampai menitiskan air mata, ada 3 Jemaah daripada Syarikat yang Opah sertai, dok bergelak ketawa hisap rokok.  Ustaz marah betul.  Dah Allah bagi peluang datang ke Tanah Suci, waktu penalti pulak tu, masih tak sedar dan tak tahu tujuan datang ..................... Tempat yang 3 orang tu kalau diberikan pada orang yang dah lama menunggu dan betul2 nak buat haji, alangkah baiknya......

Peristiwa tak cukup makanan pun elok dijadikan iktibar.  Masa di Arafah, Muszalifah dan Mina, makanan disediakan oleh Muasasah.  Kumpulan kami tak cukup breakfast - nasi lemak dan buah limau sebab diambil oleh jemaah lain.  Jadi, mana yang tak dapat, dia orang kebas maggi yang diperuntukkan untuk maktab lain.
Mulalah timbul tuduh menuduh curi makanan..................siapa curi siapa punya pun tak tahulah Opah..........

Tu masig dalam ihram...........bayangkan apabila kita dihisap nanti................

No comments:

Post a Comment