Sunday, January 13, 2013

Tok Wan & Moto Besarnya

Semalam pagi2 lagi Tok Wan dah pergi tutup lampu kedai.  Balik Tok Wan bawa dua bungkus nasi lemak, dan sebungkus pulut bersama ikan masin.  Tak sempat Opah nak bancuh teh, Tok Wan dah belasah sebungkus nasi lemak.  Memandangkan anak bongsu tak sekolah, Opah terpaksa rela makan pulut dan ikan masin walaupun Opah dah makan pulut pada hari Ahad...

Tak sempat Opah habis makan, Tok Wan dah hilang masuk bilik.  Nak melabur agaknya.

Lepas makan Opah basuh tuala dapur, sapu sampah bahagian dapur dan basuh baju.  Itu rutin biasa Opah bila dah bersara ni.  Tup2 Tok Wan datang.

Tok Wan :  Bye.....abang pergi dulu
Opah : Nak pergi mana ni?  Rugged dengan jacket?
Tok Wan : Kan abang dah kata semalam, hari ni nak pergi Kuala Kedah, tengok abang!
Opah :  Pergi dengan apa? Moto????
Tok Wan : (selamba) Moto besar.

Mak ai.  Ingat dah pergi Mekah, tak berminat lagi naik motor bila jalan jauh.  300 km sehala, bukannya dekat.  Rupanya minat dia tak berubah.

Larang dah sudah, nasihat dah naik berbuih mulut.  Dah tak tau Opah nak kata apa.

Last2 Opah kata kat Tok Wan, "Tak kesian ke dia tengok Opah dok risau kat dia.  Lagi tak sampai rumah dok fikir, ok ke suami aku ni..."

Dah bagi ayat keramat tu, Opah terus buat kerja kat dapur.  Malas nak layan orang tua hati muda.  Tengah  dok jemur tuala dapur, Tok Wan datang.

"Jom kita balik Kedah.  Abang tak jadi naik moto"

.







No comments:

Post a Comment