Wednesday, February 13, 2013

Ikan Kembung

Perayaan Tahun Baru Cina tak begitu meriah tahun ni.  Mungkin kerana Opah dah duduk di perkampungan Melayu.  Jadinya bunyi mercun dah lagi atas bumbung rumah.  Dengar pun sayup2 aje.  Kalau dulu masa perayaan Cina tak boleh tido, la ni tido lena sampai pagi.  Alhamdulillah!!!!

Raya Cina ni, Tok Wan dan anak sulung Opah tak berniaga.  Depa pun nak cuti juga.  Tak faham Opah.  Anak Opah kata, waktu cuti orang rajin memasak.  Betul ke statement anak Opah tu....Macam susah aje nak percaya.....

Tapi yang pasti je dapur rumah Opah tak berasap.  Pagi berasap sekejap untuk jerang air, lepas tu, dapur pun ambil cuti.  Bukan separuh hari, tapi sepenuh hari.

Opah pun mula congak, malam nak makan ape.  Tak payah fikir lama bab makan, banyak cadangan yang Opah dapat.  Tapi Opah pakai veto sebab yang nak kena bayar nanti Opah.  Jadi semua mesti setuju kedai yang Opah pilih.  On the way nak ke bandar, Opah bagi tahu kedai makan yang Opah pilih.  Anak2 setuju, cuma Tok Wan as usual diam aje.

Sampai Restoran Dyna (macam nama anak bongsu Opah), Opah mula buat pesanan.  Kerabu mangga, ikan kembung dua ekor, masak 3 rasa, tomyam, telur bungkus dan udang goreng tepung.  Masa buat pesanan, complete Opah pesan pada pelayan supaya dapat makanan cepat sebab Opah lapar.

Sebab Opah pesan, setengah jam kemudian baru sampai makanan.  Yang sampai lauk pauk dulu. Kami berempat pun tengok ikan kembung yang Opah order.  Kecik dan kecut.  Terkejut Opah.  Pase apa ikan kembung ni kecut aje.

Ini respons Tok Wan  secara spontan "Sebelum goreng, memanglah kembung.  Dah goreng, keluar angin, kecut le!!!!"

Kecut2 pun kecut le.  Kami pun mula meratah udang goreng tepung sambil menunggu nasi tiba.  Tunggu punya tunggu tak datang.  Lupa ke?  Hai! tak kan nak makan lauk aje !!!

Opah tanya anak2 Opah.  Tadi mak pesan nasi tak?? Anak2 jawab, "ADA"

Mulalah 2 anak Opah yang duduk mengadap dapur buat aksi tengkok panjang. Tak nampak nasi keluar pun.  5 minit kemudian, bila pelayan melintas nak ambil order meja sebelah, Opah tanya pelayan tu, mana nasi untuk Opah.  Pelayan tengok dan berlalu.  Tunggu lagi......10 minit kemudian baru sampai nasi,,,,berasap.  Nasi baru masak................




No comments:

Post a Comment