Sunday, February 17, 2013

Pandang Semacam...............

Tok Wan dan anak sulung Opah berniaga kecil2an.  Kedai walaupun tak besar, selesalah juga.  Orang kata kalau nak customer masuk, kedai mesti bersih.  Lepas tu penjual mesti mesra.  Layanan mesti first class.  Yang ni selalu Opah beritahu Tok Wan dan kakak.

Orang tua2 pula kata, jangan kedekut. Amalkan sifat sedekah.  Jangan berkira sangat.  Semua ni dah kerap Opah beritahu.............dah naik fed up Tok Wan dan kakak dengar.

Hari ni, Tok Wan pergi Kelantan.  Kedai tutup - tukang masak rehat (kakak le tu!!!!!!!). Disebabkan lama kat Tesco beli barang, balik rumah dah jam 1 tgh.  Jadi nak cepat makan,  Opah singgah kat gerai on the way nak balik.  Gerai yang majlis daerah bina.  Opah beli ikan keli bakar seekor.  Sayur keladi dan ikan kembung seekor.  Jumlah RM9.50.  Terkejut Opah!!! Rate kat Taiping dan yang selalu Opah dan kakak charge kat kedai Opah, Ikan Keli RM3, sayur RM2 dan ikan kembung RM1.20.  Jumlah RM6.20.

Yang hairan bin ajaib bin takjub - kalau di kedai Opah, masing2 dok tengok Opah atau Tok Wan atau kakak semacam bila beri tahu harga.  Tapi kat gerai yang Opah pergi tadi, masing2 nampak rela dan redha aje!!!  apa ilmu peniaga ni pakai. Nak kena menuntut ni.  Isy3x!!!

No comments:

Post a Comment