Wednesday, February 27, 2013

Sabar Itu Iman......

Hari ni lagi sekali Opah kena pi hospital.  Semalam, Opah pergi beri darah tapi orang selalu kata ambil darah.  Yang ambil darah, jururawat, tapi Opah kena sedekah darah Opah.  Atas nama kajian.  semalam deme ambik bukan sebotol, bukan dua botol tapi 3 botol.  Nak buat ape, darah banyak2 pun tak tahu.  Kalau tengok dalam tv tu, sikit aje darah dah boleh buat macam2 ujian.,,,,,,,

Tu kisah semalam.  Hari ni nak kena buat ultra sound.  Opah ingat orang mengandung aje kena buat ultra sound.  Rupanye sakit2 lain pun kena juga.  Opah diminta buat ultra sound sebab doktor nak tengok tyroid Opah.  Appointment pukul 11 pagi, jadi jam 10.10 pagi. Opah bertolak dari rumah.  Sampai kat hospital, tengok parking dah penuh. Round kanan, kiri, dapatlah parking.  Jauh juga nak kena berjalan ke bahagian imejan.

10.32 pagi siap parking.  Dalam kereta belek kertas appointment, nak pastikan betul ke tarikh dan jam.  Dah confirm, jalan terus menuju tempat orang ramai.  Doktor kata bahagian imejan, kat belakang.  Bahagian yang Opah pergi paling belakang, dah dekat asrama doktor.  Kalau jalan lintas jalan, boleh naik kereta api.
Nurse kat situ kata, "Kak, bahagian imejan kat atas"

Opah cakap terima kasih dan terus naik ke bahagian atas.  Atas tu atas bukit sikit, bukan tingkat atas.  Cuba bayangkan Opah jalan naik bukit.  Kalau Opah tau, tak payah pergi parking kat belakang.  Sabo!!!!

Sampai kat atas, nampak 3 pesakit, 2 atas stretcher dan seorang atas kerusi roda sedang menunggu giliran.  Alhamdulillah, tak ramai.  Opah pun pergi terus ke kaunter tunjukkan surat apointment kat nurse.  Tengok aje, terus dia beritahu,  "Kak, bukan kat sini.  Kat belakang.  Kak ikut bangunan ni, pergi bahagian belakang."  Sabo2!!!!....

Opah pun pergi bahagian belakang.  Alhamdulillah!! Kali ni jumpa.  Tolak pintu dan masuk.  Terus bagi salam.  Sorang pun tak jawab walaupun ada yang pakai tudung dan lebai.  Mat polis dan warder yang bawa banduan pun diam. Alahai!! tak boleh bercakap ke.  Opah pun tengok kaunter.  Kosong.  Yang ada dua bakul, satu tertulis Scan dan satu lagi Ultra Sound.  Opah tengok dalam bakul ultra sound kosong, yang ada isi Scan.  Tak pe le.  Bubuh aje dalam Ultra Sound.

Tepat 5 minit ke pukul 11 pagi, Opah dipanggil masuk.  Kat dalam semua perempuan.  1 doktor senior dan 3 pelatih. Opah diminta baring.  Bantal ade, tapi tak boleh letak kepala.  Kena letak tengkok.  Doktor letak cream, dan dengan alat scan, doktor check tengkok Opah.  40 minit, Opah terbaring dalam keadaan begitu. Selesai aje, doktor beri tisu.  Bila Opah bangun, nampak bintang2.

Pening dan sakit kepala, Allah saje yang tahu.  Masa terbaring lagi Opah rasa nak muntah.  Macam orang mengandung.  Turun katil, Opah tak boleh berjalan.  Terus nurse beri Opah kerusi.  Duduk kat dalam tunggu hilang pening.  Masa tu, doktor dok berbincang dengan pelatih2.  Bagus juga doktor perempuan ni.  Dia tak suruh Opah keluar. Mungkin dia ingat Opah tak boleh cakap orang putih.  Lucu juga bila dia suruh, doktor2 pelatih ni baca buku....

Dah ok sikit Opah pergi ke kereta.  Rehat 15 minit dalam kereta.  Tempat yang paling dekat untuk berehat adalah kedai makan anak Opah.  Sampai kedai, Opah baring.  Jam 1 tengah hari bangun dan makan.  Jam 2.30 tgh Opah balik.  Drive sorang2.  Tak laju pun dalam 60 kmsj.  Gam2 ikut peraturan had laju.  Lebih kurang 200 meter nak sampai Shell, Opah perlahankan kereta.  Baru nak beri signal kiri, tiba2 kereta Viva metalik potong laju dan terus masuk kiri.  Booooooommmmmm!!!!!  kereta Viva cross titi kecil dan naik penghalang titi.  Viva tergantung atas simen penghalang titi!!!!!!!!!!!!

Opah tengok, yang bawa perempuan muda. Tudung putih, baju putih. Nak pergi mana kelam kabut dan potong ikut suka aje. Kalau dia sabar sikit, tak payah potong kereta Opah, selamat.  Nasib baik kereta tak terbalik masuk longkang.  Kalau tidak lagi nahas dia ditimpa kereta atau terkepit dalam longkang.  Lepas Opah isi minyak, Opah pergi ke tempat kejadian.

Rupanya driver budak Form Six SMK Dr Burhanuddin.  Balik sekolah bawa adik.  Cara memandu macam peronda polis sedang kejar kereta penjenayah aje...........................Isy3x!!!!!!





1 comment: