Tuesday, February 5, 2013

Tepatkah Keputusan Ini????

Hari ni anak sulung Opah minta Opah datang ke kedai awal sedikit untuk belikan ais.  Kebetulan setelah 3 hari bercuti, India yang membekalkan ais datang lewat.  Dan masa tak ada ais ni le pulak, ramai customer yang nak minum ais.

Dah nama Opah, mestilah ambil masa nak pergi ke kedai.  apa taknya.  Nak kena gantung baju yang dibasuh dulu, nak sapu lantai, nak siram pokok bunga dan yang paling penting, kena le bersiram dulu.  Kita pompuan bukan macam orang jantan.  Suruh aje, ambil kunci kereta, start go......kadang2 pakai singlet dengan kain pelekat aje............

Bila dah dalam kereta nak pergi beli ais, Opah pun call anak Opah.  Mana le tau, kalau2 India ais dah datang, tak perlulah Opah tergopoh gapah.  Bila call aje anak sulung Opah, terus keluar suara merdu, "Panggilan anda telah disekat.  Sila hubungi Celcom!!!!"

Memang patut pun kena block.  Sejak balik Mekah sampai ke hari ni, Opah tak bayar2 lagi bill Celcom.  Bukan tak mau bayar, tapi bill sikit sangat.  Celcom ni pun satu, masa kita jarang guna  tak pula block.  Masa kelam kabut ni la dia buat perangai.  Isy3x!!!!!

Belum sempat beli ais, anak call bagi tau Tok Wan dah belikan ais.  Tunggu Opah, alamat ramai le customer yang lari ke kedai lain.

Masa kat kedai Tok Wan tu, Opah jumpa orang kampung Opah yang dah berhijrah ke Puncak Alam, Shah Alam.  Lama kami berbual.  Asal mula nak tolong anak kat dapur, last2 jadi tukang sembang.  Dulu dia ada rumah kat Taiping tapi rumah dah dijual sebab berpindah ke Puncak Alam sebab nak dekat dengan anak2.

Dulu, Opah pun fikir macam tu juga.  Pencen nak duduk dekat anak2.  Tapi bila Opah fikir2kan, anak2 sibuk bekerja.  Mana ada masa nak datang rumah Opah.  Last2 tinggal Opah dengan Tok Wan juga.  Bila anak tak datang rumah, mulalah nak bersedih.  Fikir punya fikir, bincang punya bincang dengan Tok Wan, akhirnya kami beli tanah dan buat rumah di kawasan Malay reserve.

Dah duduk di kampung, keliling orang Melayu - masih ada masalah juga.....Adakah patut jiran seberang jalan buang sampah betul2 kat muka jalan masuk rumah Opah.  Macam mana nak buat ni???? Sabo2!!!!

No comments:

Post a Comment