Wednesday, March 13, 2013

Bila Berada Di Penghujung

Opah teringat waktu kecil2 dulu.  Waktu di kampung, mandi sungai, menangkap belalang dan mencuri jambu.  Bukan saja jambu yang dicuri, malah tebu yang keras pun jadi mangsa Opah dan kawan2.  Mandi sungai apabila habis mengaji Al-Quran.  Yang jantan bertelanjang bulat, yang perempuan kalau kecik, bertelanjang juga.  Mana yang besar, pakai kain mengaji aje.

Lompat masuk air dari atas titi atau jambatan atau batang kayu tumbang.  Tak pernah fikir tentang kayu ke, batu ke, atau benda bahaya ke dalam air.  Janji terjun.  Dalam air, aku , kau, kau corak aku.  Paling best, Opah suka usik kawan yang mandi pakai kain.  Menyelam dan perlahan2 tarik kain.  Seronok dengan kawan menjerit marah.

Yang best lagi, kalau pakai kain batik, bila masuk dalam air, kain akan mengelembong ditolak air.  Opah suka pukul gelembong kain.  bunyi kocakan air cukup menyeronokkan.

Tu dulu.  Zaman kanak2 hari ni dah jauh berubah.  Sungai yang bersih dah tak ada lagi.  Air sungai dah macam teh tarik aje.  Nak celup kaki pun takut, apa tah lagi nak rendam badan.  Budak pergi mengaji pun dah tak macam dulu.  Hari ni mak bapak hantar guna motokar atau paling tidak naik moto.  Jadi macam mana, anak2 nak berkawan.

Macam mana mak bapak tak hantar.  Kalau bagi anak2 jalan kaki atau naik basikal dengan kawan2, ada pula yang kena kidnap atau rogol.  Dulu tak ada orang gila nak kacau budak2.  La ni bukan aje orang tua gila, budak2 kecik pun dah gila seks.  Anu masih kecik, dah pandai nak main perempuan.  Lagi hebat, bila dah rogol, bunuh.  Lepas tu bakar.  Lepas tu buat tak tahu, pura2 tolong cari.  Tak ada langsung rasa salah, takut dosa, takut pembalasan dunia dan pembalasan Allah.

Opah fikir gejala ni makin berleluasa sebab orang la ni mengejar popularity.  Mak bapak nak popular, cikgu nak popular, jiran nak popular, pemimpin nak popular, masyarakat pun nak popular.  Kalau nak popular, resepi yang digunakan ialah jangan ambil peduli hal orang.

Mak bapak jangan marah dan tegur anak - kalau marah dan tegur - tak popular
Cikgu jangan marah, jangan pukul murid - kalau marah, budak benci, kalau pukul lawyer sampai
Jiran jangan tegur anak jiran kita - kalau tegur, kereta kena gores, tayar kereta pancit, rumah kena lontar dan yang best, mak bapak budak tu datang bawa parang
Pemimpin buat dasar menggalakkan hiburan, tak cukup dalam negeri, jemput artis luar negara - senang nak tiru cara bercakap, cara berpakaian, cara bersosial atas nama moden - janji aku popular,,,,,,,,,,,,,,

Persoalannya - MANA PERGI AMANAH ALLAH!!!!!!!!




No comments:

Post a Comment