Thursday, May 23, 2013

Apakah Ini Tanda Sudah Matinya Perpaduan?

Sudah agak lama Opah tak update blog Opah ini.  Bukannya sibuk pun tapi entah mengapa Opah asyik membelek blog orang sehingga terlupa nak menulis. Peristiwa yang berlaku pada Opah pagi tadi menyebabkan Opah terpanggil untuk menulis.

Sebelum PRU13, Opah dah Tok Wan sibuk membaca blog kedua-dua pihak pro dan kon.  Bukan apa selaku orang lama (bukan tua tau!!!), yang sudah banyak makan garam dan gula nak tahu juga debaran dan rasa hati anak muda.  Jangan orang muda kata, orang  tua tak ikut peredaran masa.........

Ada tulisan yang Opah puji dan tak kurang juga yang Opah keji.  Keji bukan apa?  Bila anak bongsu kata nak tengok gambar seks senang aje mak.  Yang ni Melayu punya!!!!!!!!!  Ambik kau!!

Mungkin mudah sangat tengok orang dok bergomboi jantan betina, sampaikan malam menyambut keputusan PRU13, kat kampung baru Opah, 6 anak jantan kenduri budak perempuan umur 15 tahun.  Bukan budak jauh pun, anak jiran sekampung...............

Itu kes pertama.  Lepas tu kat media massa kerajaan, dok kata perpaduan antara kaum dah mula luntur.  Opah dengan Tok Wan pun tertanya2.  Betul ke?????????

Baru2 ni Tok Wan pergi nak beli kepala paip air kat kedai hardware.  Konon2 nak buat kolam ikan kan depan rumah.  Cina taukey kedai yang dah lama Tok Wan kenal, tak berapa nak layan Tok Wan.  Cakap pun ala kadar aje, dah tak berapa nak senyum..........pase Tok Wan pakai lebai ke???? (dulu Tok Wan tak pakai ketayap).  Yang ni kes kedua.

Antara banyak kes, kes hari ini paling best.  Pagi2 Opah dan Tok Wan hantar anak bongsu pergi sekolah.  Kalau hari2 anak bongsu Opah pergi sekolah menonggang motosikal, hari ni Opah hanto.  Sebab 2 hari yang lepas, anak bongsu Opah accident, kaki luka.  Lepas hanto anak, Tok Wan ajak Opah jalan pergi Ipoh.  Singgah rumah kawan lama, kemudian terus pergi cari pokok bunga (benih), buah limau tambun dan cari barang2 keperluan untuk kolam ikan.

Sampai kat Tambun, kami singgah gerai limau bali yang kebetulan bersebelahan dengan nurseri.  Mudah, 2 ini one.  Benih dapat, limau pun dapat.  Masa beli limau, taukey perempuan pilihkan buah.  Complete dia kupas, dan suruh Opah rasa.  Kebetulan, Opah dengan Tok Wan puasa sunat Rejab.  Opah bagi tau tak boleh makan puasa.

Dah bayar, Opah berjalan ke kereta, taukey perempuan panggil. Dia tanya nak mangga.  Opah ingat dia tanya sama ada Opah nak beli mangga rupanya dia nak bagi mangga untuk makan lepas buka puasa.............
Terkedu Opah dan Tok Wan bila Cina yang tak pernah berpuasa, tiba2 bagi mangga untuk Opah dan Tok Wan makan semasa berbuka puasa......................Alhamdulillah!!!!!!!!


1 comment: