Monday, June 17, 2013

Kita Hanya Mampu Merancang......

Hari Rabu minggu lepas, Opah dan Tok Wan bersiar menikmati keindahan hijau pokok2 di kawasan Kuala Kangsar dan Kati.  Mulanya, Tok Wan bercadang nak pergi Sungai Siput, sambil mencari pokok hiasan untuk ditanam di hadapan rumah, tapi last2 Tok Wan ubah fikiran.

Masa di Lembah, Kuala Kangsar, kami melihat orang mengail menggunakan umpan ulat.  Geli Opah tengok ulat yang digunakan.  Macam yang digunakan dalam drama.  Bila Opah berbual dengan pengail tu, dia kata, memang ulat ini yang digunakan dalam filem.

Suka benar ikan makan ulat tersebut.  Sekejap aje Opah duduk, dah banyak ikan2 kecil yang pengail tu dapat.  Tengah asyik tengok orang memancing, Tok Wan ternampak orang menjala ikan di seberang sungai Perak.  Tok Wan ajak Opah pergi seberang naik perahu.  Tak berani Opah sebab air sungai penuh.  Maklumlah semalam hujan lebat.

Tok Wan nak tengok juga.  Jawabnya naik kereta dan malangnya bila sampai, penjala tu dah tak ada.  Jenuh kami cari, kecewa.

Nak hilang kecewa, terus kami menuju Kati, rumah kawan Tok Wan.  Kawan Tok Wan ni rajin menanam pokok dan bertukang.  Memang betul pun.  Masa pergi kami berlenggang aje, tak bawa apa2 pun, tapi bila balik, penuh tangan kiri kanan.  Macam2 benih pokok yang diberi.  ambik kau Tok Wan, silalah tanam ya....

Memandangkan Opah dan Tok Wan puasa sunat, kami mula mereka makanan untuk berbuka.  Opah cadang nak masak lemak cili padi rebung buluh campur udang.  Tok Wan bakar ikan dan buat sambal dan ulam kangkung.  Meleleh air liur......

Dalam rancak merancang, anak Opah call.  Mak sakit bahagian anu........nak jalan pun sakit.  Anak Opah ni sedang mengandung sulung,  Yang bestnya, anak di KL, menantu di Sungai Siput.  PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh).  Risau juga Opah.  Sampai rumah pukul 5 ptg, 5.30 ptg, Opah dan Tok Wan buat keputusan, Opah  pergi KL tengok anak.  tok Wan terpaksa jaga anak bongsu yang masih bersekolah.

Nak pi dengan apa.  Opah dah tak mau drive lagi.  Cukup la waktu keje dulu, hulu hilir bawa kereta.  Dah lama juga Opah tak naik bas ekspres.  Mari kita naik bas.

Bas cantik, baru.  Driver India dalam umur 40-an.  Penumpang tak ramai.  Bas ekspres eksekutif (VIP). Complete boleh masaj.  Semua ok kecuali pemanduannya sangat tidak ok.  Masa berbuka, Opah hanya telan sebiji aje kurma.  Tak sanggup nak makan bekal yang dibawa.  Banyak masa, mata Opah dipaksa tutup..........ngeri.....

Sambil2 tu terbayang masak lemah cili padi........




1 comment:

  1. mana ada alya kol..mak yg kol tanya puad mana..den xbersalah~~~~:)

    ReplyDelete