Wednesday, June 19, 2013

Ku Sangkakan Perfect Rupanya.......

Tanggal 19 Jun 2013 meninggalkan catatan hitam dalam hidup Opah.  Selama ini Opah sangkakan perkhidmatan bukan kerajaan akan mempamerkan kerjabuat yang berkualiti.  Rupanya ada pekerja yang tidak excel.  Yang ni Opah rasa para bos kena perhati....

Jam 6.00 pagi, Opah dihantar oleh menantu ke IJN untuk pemeriksaan jantung.  Jam 8 pg sampai.  Cepat2 Opah pergi ambil darah seperti yang diarahkan. sekejab aje di makmal darah, lebih kurang 5 minit.  Excelent.  Lepas tu, Opah pergi ke bahagian NCL sebab Opah diminta menjalani Ujian Echo Stress Test.

Opah letak kad dalam bakul.  Tak lama kemudian, nama dipanggil.  Ok. bagus ni, nampaknya dapatlah Opah balik Tepen awal.  Opah pergi jumpa   gawai di kaunter.  Pegawai explain. Opah diminta datang jam 3 ptg, sebab appointment jumpa Dr jam 3 ptg.  Opah minta juga supaya dibuat pagi dengan harapan, petang terus jumpa dr.  Pegawai tak dapat tunaikan permintaan Opah. Nak buat macam mana, akur aje le.

Pegawai beritahu, jam 2 ptg datanglah, get ready.  Jam 1.30 tgh, Opah dan anak sulung Opah dah duduk menunggu.  Jam 2.30 ptg, pesakit pertama dipanggil.  Jam 2.45 ptg, Opah dah mula gelisah. Bila nak panggil Opah.  Opah pergi jumpa pegawai yang sama.  Dia bagitahu, jam 3 ptg giliran Opah.  Tunggu lagi......

3.....3.30.....3.45 ptg.....hai tak panggil lagi.  Ini tak boleh jadi.  Opah pergi lagi ke kaunter.  Mcm mana ni.  Bila giliran saya.  Orang lain dah ramai masuk, saya masih di sini.  3.15 appointment saya dengan dr pakar.

Ni part paling best.  aku tengok kau, kau tengok aku.  Tiba2 keluar pegawai echo test.  Pegawai di kaunter tanya.  Senang aje pegawai tu jawab.  Saya ada patient.  lepas ni, ada dua lagi, dah lepas tu baru boleh.  Jam dan 4 ptg.....

Lepas dengar jawapan kurang sopan tuan haji ni, Opah terus jalan ke bahagian klinik untuk bertemu dengan dr pakar yang merawat Opah.  Pegawai kat kaunter kata, tak boleh jumpa dr selagi tak jalani echo test.  Mak ai..........

Berpatah balik ke bahagian NCL, tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu.......Akhirnya, jam 4.35 ptg, giliran Opah sampai.  Bilik 393

Ambil berat.  Tn Hj dah tunggu.  Diterangkan lama masa ujian satu jam.....SATU JAM.  Bayangkan 4.45 ptg.....habis 5.45 ptg.  Time orang balik kerje.  Jadinya, cucuk jarum nak masukkan cecair untuk menggerakkan jantung pun main cucuk aje.  Opah kata sakit.  Tak pa, nanti tarik jarum ok......Ok sangatlah, dah tarik jarum pun masih sakit lagi.

Opah dapat rasakan ketidakikhlasan dalam melakukan tugas.  Maklumlah dah nak balik.  Bila dah selesai, tak sempat nak keluar bilik, lampu dah tutup.  Dalam keadaan pening, Opah ke bahagian klinik.  Jalan sorang2 sebab anak Opah dah letih menunggu, tertidur dia......kesian Opah tengok.....nasib kau la kak, kena escort mak hari ni.....

Sampai bahagian klinik, jam 6 ptg.  Pegawai tu, dok leka mesej.  Mungkin beritahu kawan ke, suami ke yang dia lewat keluar.....tunggu patient.  Masuk aje, terus dia hantar Opah jumpa dr.  Selesai pemeriksaan jam 6.30 ptg.  Ambil kau...........................12 jam 30 minit di IJN......................kalau pergi hari bekerja, apa nak bagitau bos.......percaya ke??????

1 comment:

  1. mmg hari malang pn. da le baru blk kje mlm..itu pn mujur da asar xtahan da ngantuk sgt mse tu. hampeh tul le

    ReplyDelete