Saturday, August 17, 2013

Dilema....

Kadangkala aku rasa gelisah
Mengenangkan diri
Adakah aku  hanya diperguna
Atau adakah ini tanggungjawab
Yang perlu ku lakukan
Walaupun kadangkala hati pilu umpama dihiris sembilu

Lama aku merenung diri
Mencari kesilapan yang tidak dimengerti
Melihat tanggungjawab yang cuba dipenuhi
Mendidik dengan cara yang ku fahami
Walaupun kadangkala ia tidak disenangi
Lantaran semua beranggapan mereka sudah boleh berdikari

Terlalu bodoh kurasakan diri ini
Memikirkan yang lain melebihi diri sendiri
Memendam segala duka dan lara
Menanggung segala sedih pilu
Hanya bertemankan angin lalu
Serta malam yang syahdu


1 comment: