Thursday, August 15, 2013

Geng Surau


Dah lama beno, Opah tak update blog Opah.  Dulu masa  bekeje, alasan Opah sibuk, tak ada masa.  La ni bila dah pencen, Opah masih lagi tak ada masa.  Mana nak ada masa, masa yang ada Opah dah gunakan untuk tido, makan, main game dan belek blog2 politik dan agama.  La ni la nak tahu apa rakyat kata.  Dulu dok syok sendiri.  Maklumlah Opah terlibat dengan dasar pak menteri.......

Dulu duduk di tengah2 bando Tepen, jiran kiri kanan bukan muslim.  Nak pi sembahyang kena cross jalan.  Yang best tu, jln sentiasa sibuk.  Silap2 haribulan, boleh jadi katak mati kena langgar.  Area kat kepala jalan taman Opah tu dah banyak melihat air mata orang.  Orang tua, orang muda dan kanak2, ada aje yang silap haribulan jadi habuan bas ke, lori ke, kereta ke atau paling kecik, motosika!!!!

Orang tua yang tunggu masa nak pergi kubur pun tak reti nak bawa kenderaan slow.  Semua pakai gear 5.  Dah lama dok bando, Opah dengan Tok Wan buat keputusan dok kampung.  Malay reserve lagi.  Kali ni tak jumpa lagi anjing jadi jiran, atau katak ternakan jiran  terlepas masuk kawasan rumah bila hujan lebat.  Tu tinggal dalam bando tuuuuuuu.............

Mula duduk di Desa Jelapang Jaya, Opah pi sembahyg ke masjid dan sekali sekala ke surau berhampiran rumah Opah.  Kat masjid, makmum perempuan silih berganti,  Ada yg Opah kenal dan banyak yang Opah tak kenal.  Yg bestnya, Opah waktu kecil hingga dah jadi cikgu, dok kat kampung ni....tapi yg hairannya orang kampung dah tak kenal Opah.  Puas Opah nak kena cite balik sejarah hidup Opah.  Dah selalu buka sejarah hidup, boring jugak......

Kat Surau Al-Maaruf, ada ramai guru pencen.  Opah sua muka, ramai dah kenal.  Yg seronoknya dia orang tanya,  "Jauhnya datang sembahyang kat sini".  Opah pun kata, dah pindah kat kampung belakang taman ni......"  Alhamdulillah, sekali cite, berita tersebar luas............senanggggggggggg.....

Gambo ni sebahagian drp geng surau Opah.  Kat belakang tu semua veteran guru......
Bulan Ramadan yang lepas, Opah rasa seronok dapat bersama bertadarus dengan geng2 surau Opah.  Mulanya geng kata tak ada orang.  Opah kata, kalau ada 3 orang pun dah boleh baca Al-Quran bersama.  Dia orang tanya, sapa nak jadi tok guru.....semua yang ada tak berapa pandai.

Cari punya cari, dapatlah kami seorang guru Al-Quran.  Yang dalam gambo, tudung putih berbunga tu la guru kami.  Muda lagi orangnya tapi sibuk menjaga 2 cucu.....tapi semangatnya kuat.  Datang bertadarus, kadang2 bawa seorang cucu, kadang2 dua cucu dan sekali sekala aje datang solo.  Tapi usaha yang baik tu sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah.  Pada 22 Ramadan, selesai juga tadarus kami dan majlis berkatam diadakan pada hari Sabtu 25 Ramadan.

Sebagai tanda terima kasih pada bu guru dan ahli yang lain, terutama Kak Nab tukang membuka surau (sebab suami kak nab ada kunci surau), kami veteran guru, hadiahkan bu guru sepasang telekong dan kak nab tudung muslimah.  Yang lain Opah berikan bekas telor berkaki yang diisi dengan buah kurma Mekah.

Geng surau tak mau berhenti kat tadarus aje.....kami bercadang nak adakan bacaan yassin dari rumah ke rumah.  dah tu nak bantu makmurkan surau....................ramai cikgu pencen kat surau ni!!!!!!




No comments:

Post a Comment