Sunday, August 18, 2013

Misteri Pokok Palma

Semalam Tok Wan begitu rajin.  Rumput yang panjang di luar pagar hadapan habis dibotakkkan.  Cantik.  Lima batang pokok fern (sebatang ketot ) tumbuh menghijau.  Tok Wan kata pokok tu naik cantik sebab dibubuh baja rumput.

Bahagian luar pagar Opah tak berminat nak buat garden.  Bukan apa.  Kawasan perumahan Opah ni masih dalam terokai.  Masih terdapat binatang2 liar jadi tetamu yang tak diundang.  Ular ada, biawak ada, serangga melata tak terhingga banyaknya dan yang paling menarik babi hutan masih lagi sekali sekala datang bertandang.  Pokok fern Opah yang ketot tu pun bahana sondolannya.

Tapi sejak kebelakangan ini, jarang kami nampak babi hutan.  Mungkin takut agaknya bunyi mercun raya sana sini.  Tok Wan kata babi hutan atau kami sekeluarga panggil ngot2 dah berhijrah ke tempat lain.  Tok Wan pun mulalah membuat operasi menanam pokok bunga, palma, kelapa, buluh madu dan tebu di bahagian luar pagar.  Hari2 pagi petang, Tok Wan siram pokok tanamannya..  Dah jadi rutin hidup Tok Wan.  Kalau tak siram waktu siang kerana ada urusan, balik tak kira jam berapa pun, Tok Wan terus siram.  Ada sekali tu, Tok Wan siram pokok bunga jam 10 mlm.

Ambik kau.  Pokok2 bunga tu tentu marah.  Baru nak beradu, dah kena mandi.............

Rutin hidup lepas pencen ni, lepas solat subuh, Opah sambung mimpi yang terputus.  Tengah sedap bermimpi, Tok Wan bangunkan Opah.
be
Tok Wan :  Mai tengok ni! Mai la cepat!!!!
Opah :  (terpinga2 - apalah yang Tok Wan excited sangant) Apa bang?
Tok Wan : Pokok yang abang tanam tu, dah kena cabut.  dua tempat.
Opah : Rosak tak pokok tu
Tok Wan : Tak, elok aje.  Ni ha.  satu kat gate tepi pokok pisang, satu lagi kat main gate.  Sape la punya kerja ni.......dapat tau la................

Tu cerita minggu lepas.  Hari ni dah nak masuk maghrib, baru Tok Wan sampai ke rumah.  Cepat2 Tok Wan masuk rumah.  Opah ingat kerana hari hujan.  Terus Tok Wan parking motor besarnya.  Sambil parking sambil dok panggil Opah.

Tok Wan : Yang, Yang!!! Mai tengok ni.   Ramai kat depan ni..........

Opah pun cepat2 turun tangga nak tengok siapa yang ramai. Tetamu datang rumah ke.  Maklumlah masih lagi dalam bulan Syawal.  Tak nampak tetamu pun dengan Tok Wan.  Yang peliknya, Tok Wan memanggil sambil berdiri tepi pagar dan memandang ke arah kolam bersebelahan rumah Opah.  Bila Opah sampai dekat Tok Wan, Opah tak nampak apa yang ramai tu.

Opah : Apa yang ramai tu bang
Tok Wan : La, tak nampak ke.......ngot2.  6 ekor sebaris  kat dalam kolam tu........mcm2 saiz ada!!!!!!!!!
(kalau nampak tak kan nak tanya.......isyx!!!!!!!!!)

Akhirnya, misteri pokok tercabut minggu lepas, dah terjawab...............penjenayah yang bertanggungjawab adalah ngot222222....................mari kita beli mercun!!!!!!!!!!!)

1 comment: