Friday, October 11, 2013

Alahai Opah

Minggu lepas Opah tinggal bersama anak bongsu.  Tok Wan ikut anak keempat ke Puncak Alam.  Kesian tengok anaknya dah macam ibu tunggal, balik kampung berdua dengan anak yang baru berusia dua setengah bulan.  Baru lepas pantang budak tu......

Nak buat macam mana,  Ada suami, dekat2 nak lahir anak, ditukarkan bertugas ke Bintulu.  Bagus sungguh Sime Derby menjaga kebajikan pekerjanya.  Macam tak ada orang lain yang layak bekerja di situ.  Setahu Opah bertimbun ast engineer yang bujang2.

Kecewa juga Opah pada mulanya melihat kehidupan anak macam ni......tapi Opah tak boleh tunjukkan pada anak2.  Nanti semua jadi lembik macam agar2.  Nanti, marah berpanjangan pada kawan2, kawan yang makan minum bersama dan duduk sebumbung.

Dah duduk sorang2 kat rumah, bila anak bongsu pi sekolah, mulalah Opah kesunyian.  Mula tonton tv. Sekejap aje dah boring, asyik cite sama aje.  Astro tipu kuat.  Dok ulang cite yg sama berkali2.  Bayar mahal.  Opah ingat lagi, dulu kena bayar lesen tv, 24 ringgit setahun.  Rakyat bising, mahal.  Sekarang, sebulan paling murah RM43.  Tak pula bising.  Tak pasang, gambar tak berapa clear.  maklumlah  kiri kanan depan belakang dah pasang..........

Jadi, aktiviti yang best, tanam dan ubah bunga kat depan rumah.  Susun atur lain.  Boring dah cara lama.  Siapa nak angkat.  Sendiri angkat maaaaaaaaaaa!!!!!

Masa angkat tak ingat diri.  Sangka masih heroin.......dah siap, baru terasa pinggang rasa nak patah.  Tah2 dah patah apa......sampai hari ni dok sakit lagi.......


Pasu ini Opah ubah dari tepi pagar, susun kat verandah.  Pokok2 orkid, Opah letakkan bawa bumbung hitam dan tepi kolam
Ni bunga kat tepi kolam

Ni pulak bawah bumbung tepi bilik tidor.....senang, bangun tidur, nampak pokok orkid

Dan yang ni pulak, kononnya nak lindung kolam....senang Opah nak mandi, orang tak nampak.  bak kata Tok Wan, mandi waktu tengah malam aje.....semua dah tidur.....

Bila rasa sakit, tengok pokok2 bunga, tak terasa sangat sakitnya.......tadi tengok, sepasu pokok orkid, baru belajar nak berbunga.  Alhamdulillah.  Dah kembang nanti, Opah masukkan dalam blog....

No comments:

Post a Comment