Friday, October 25, 2013

Jalan2 Tengok Kampung

Hari ni Opah dengan Tok Wan betul2  jadi YB, round melawat kampung.  Dari Puncak Alam 2, Opah bertolak balik ke Tepen menggunakan jalanraya pantai, ikut Jeram, Kuala Selangor, Sekincan, Sungai Besar, Sabak Bernam, Teluk Intan, Air Kuning , Tanjung Tualang, Kampung Gajah, Batu Gajah, Gopeng, Ipoh dan akhirnya Taiping.  Ce kira2x....berapa banyak pekan kecil dan beso yang Opah tempoh...

Dari Puncak Alam, Opah lalu jalan ladang kelapa sawit....jalan ok.  cuma kecik.....kemudian lalu jalan persekutuan, ok juga walaupun sana sini berlubang......yang menariknya, bila berlubang, tampung kat lubang aje....datang hujan, lalu lori....lumbang timbul semula.

Dari Teluk Intan ke Ipoh, kami ikut jalan kampung.  Jalan kecik,  lubang merata2. ada kawasan, yang jalannya dah tak ada lagi tarnya.....penuh batu2 kecil.
tapi yang bestnya ada sign board....

nak jalan 10 km/j  dah rasa urat2 badan nak putus....sape agaknya yang boleh jalan selaju tu......lori!!!!!!!  Kesian penduduk kat sini.....dah la guna kereta lama, jalan pula mcm ni....Opah rasa bila dia orang keluar pekan, sebelum balik mesti beli screw.  Bukan apa, takut sampai rumah, ada bahagian kereta yang tercabut.


Ini masa crossing sungai dari Jalan Air Kuning ke Tanjung Tualang.  Sah air sungai, kuning mengalahkan air teh....Jambatan kayu yang boleh lalu sebuah kereta aje.....Cuba bayangkan, air kat bawah tu.....masa seberang, habis doa yang Opah tau....Opah baca.  Yang Tok Wan pulak, diam aje....dah la bawa kereta antara nak jalan dengan tak aje....Bila tengok kawasan kampung yang serba serbi, daif....Opah setuju beno dgn dapatan kajian.....Perak Nombor 1 dah menjadi Perak Negeri Kedua Termiskin.......Alahai Perakku!!!!


Jam 4.30 petang, kami sampai ke Ipoh.  Seperti biasa, Opah singgah beli bunga kat nursery di Jalan Tambun.  Mula nak beli pasu, nampak pagar, terus tukar beli pagar.....ni dah siap pasang kat kolam jam 6.30 ptg....


1 comment: