Monday, November 18, 2013

Bila Nak Makan Di Luar

Semalam, hari yang paling kelam kabut bagi Opah.  apa taknya!  Subuh Opah dan Tok Wan ada kuliah subuh.  Ustaznya hebat.  Membincangkan hadis Nabi saw.  Lepas kuliah, jam 8 pagi, Opah dan Tok Wan bergegas pergi rumah kawan karib anak Opah, Has.  Menziarahi Allahyarhamah, ibu Has yang pulang kerahmatullah akibat darah tinggi.  Lepas hadiahkan Yassin, Opah dan Tok Wan pergi ke PAKSI untuk mengikuti kuliah agama.  Ini kuliah rutin Opah dan Tok Wan.

Lepas kuliah Ustaz Hasran, Tok Wan tengok Opah dan bagi signal, dia lapo.   Kami keluo makan nasi lemak.  Balik nak sambung kuliah kedua, Ustaz Zulkifli yang membicarakan tentang fiqh, dapat phone daripada adik ipar kat Alor Setar.  Depa bagi tau, Kak Chaq sakit tenat.  Kak Chaq tu ialah kakak sulung Tok Wan.

Opah tengok Tok Wan tunduk bila dengar berita.  Maklumlah tu kakak kesayangan Tok Wan.  Opah tanya Tok Wan:

Opah : Nak balik ke?
Tok Wan : Macam mana? ( Ini yang tak best tentang Tok Wan, orang tanya dia, dia tanya kita balik)
Opah :  Ya lah.  Abang balik dulu, abang tengok Kak Yam macam mana? (sebenarnya Tok Wan dan balik menziarahi Kak Yam kat hospital.  Tu pun bukan kerana dia orang bagi tau, kaknya sakit.  Tiba2 aje timbul rindu dan nak balik.)

Bila Opah pikir2, balik aje le.  Bukan apa? Kak Yam ni memang best orangnya.  Motherly.  Tok Wan dah lawat, tapi OPah belum jumpa lagi.

Jam 12.30 pg kami tinggalkan pengajian dan balik ke Alor Sataq.  Masa balik tak byak perbualan.  Sampai ke hospital, jam 3 ptg.  Makan tengahari di Kedai Nasi Kandar.  Opah makan nasi + telur sotong+ bendi.  Tok Wan makan nasi + telur ikan+acar sayur.  Masa makan, Opah kebas sikit telur ikan Tok Wan, dan Tok Wan pun kebas sikit telur sotong Opah.  Dengan minuman jadi RM17.40 (teh o ice 2).  Opah pun hairan kenapa harga makanan kat kedai mamak selalunya tinggi......


Kami balik Tepen, jam 10 mlam dari hospital Alor Setar.  Malam ni Tok Wan asyik bercakap.  Banyak betul laporan yang nak diberi.  Dah lah jalan gelap gulita, hujan, kereta bersesak, Tok Wan pulak buat laporan tak puas hati.

Masa Tok Wan balik sorang2 ke Alor Setar, dia naik motor cc tinggi.  Opah tak tau apa nama motor tu. Masa balik Tepen, keluar tol Kamunting, tiba2 tayar motor Tok Wan pancit.  Tok Wan pi baiki tayar berhampiran kilang Kamunting.   Tok Wan singgah kat  satu restoran Melayu berhampiran kedai motor..  Tok Wan kata masa tu tak ada pelanggan, hanya Tok Wan aje.  Tok Wan order teh ice.  Sampai air terus Tok Wan nak bayar.  Tanya harga satu gelas teh ice RM1.70,  Ambik kau.......Naik lagi motor kuasa tinggi......tu harga utk orang byk wang.   Kita tak cukup wang , Tok Wan.....


Marah betul Tok Wan.  Bukan apa, dulu masa berniaga,Tok Wan charge hanya RM1.20 aje utk teh ice..   Tu pun dah untung............

Jadi, kalau kawan2 datang Taiping, nak makan, tanya harga dulu...............bukan semua kedai makan di Taiping murah harganya...........


Teh kat kedai makan Tok Wan

No comments:

Post a Comment