Tuesday, November 5, 2013

Exam

Opah masih ingat waktu Opah menduduki Malaysian Certificate of Education (MCE).  Waktu ada dua aliran, Melayu dan Inggeris.  Kawan2 kampung Opah kebanyakannya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Masa exam, Opah cukup bimbang.  Bukan aje bimbang tak  dapat jawab soalan, tapi juga bimbang hari hujan.  Maklumlah Opah ambil exam di Taiping, bandar yang terkenal dengan hujanya.  Masa tu kalau hujan, alamat duduk dalam exam hall basah........masa tu tak pandai pula nak bawa baju spare.

Hari ni giliran anak bongsu Opah ambil SPM.  Pagi2 Opah dah bangun, goreng mash potato.  Letih goreng aje....tak makan pun.  Nampak muka mcm cuak aje....yang best tu sempat tanya, bila Opah ajuk cakap Tok Wan....

Ucu :  Mak! tadi tu cakap ajuk ya.....
Opah :  ya....kenapa?
Ucu :  Ada satu lagi.....apa dia tak
Opah : Cakap Pindah....cakap ajuk kalau kita tiru cakap orang tanpa tukar apa2.  Cakap pindah, bila kita
            cakap semula apa yang orang tu cakap sebagai orang kedua.  Bahasa klasik....
Ucu :  Mak! jangan explain dah.  Nanti ucu confuse.....

Dah nak periksa, baru Opah sedar budak sekarang dah tak begitu memahami bahasa ibunda (Melayu).  Yang best tu, anak Opah kumpulan pertama PPSMI.  Bahasa Inggeris tak mantap, Bahasa Melayu pun tak sempurna.

Apa pun Opah doakan semua anak2 Opah yang menduduki SPM akan memperolehi keputusan yang cemerlang.

                         Ucu

No comments:

Post a Comment