Sunday, November 3, 2013

Stor, Kenapa sampai begini jadinya????

Dua minggu yang lepas,  Opah dan golongan warga Surau Al-Ma'aruf bergotong royong mencuci dewan makan surau.  Hari ni sekali lagi, kami  menyingsing baju melakukan operasi pembersihan surau.  Kali ini yang jadi mangsa, stor surau pulak.  Dan yang paling bestnya, pada kali ini, Pengerusi Surau, sekali sekala menjengok melihat aktiviti kami.  Opah rasa, dia bimbang agaknya.  Dulu waktu kami cuci pinggan mangkuk, muslimin nak makan selepas kuliah, cari sudu dan garfu, tak jumpa.  Ambik kau!!!!!


Ni Geng Cuci Stor

Opah sekarang, kalau nak angkat barang atau membongkok dan tak berapa nak boleh.  Pinggang dah tak begitu kuat lagi.  Jadi part ni, Opah bagi kat orang muda buat.  Opah nak buat apa pulak?

Jeng3x!....Opah ambil bahagian buang benda2 yang tak diperlukan.....daun, ketayap, kasut joging dan curtain.....dan...............Almari yang penuh dgn semut dan bau air kencing Kak Ti





Hasilnya:


DULU



SEKARANG


Presentable (Orang Kuat Surau)

No comments:

Post a Comment