Sunday, December 15, 2013

Subhanallah...........

Jam 6.30 petang sebelum ke Surau atau ke Masjid, Opah akan duduk di porch melihat pokok-pokok yang terdapat berhampiran rumah Opah.  Tepi rumah Opah ada paya. terbiar.  Nama pun terbiar, dah tentulah penuh dengan semak samun.  Tapi sejak tiga hari kebelakangan ni, bukan Opah saja yang suka merenung paya tu,  dah semakin ramai yang duduk di luar rumah, berkumpul.

Masing2 dok tunggu burung bangau .......bukan seekor, bukan sepuluh ekor, bukan seratus ekor,,,,,entahlah berapa ratus ekor, pokoknya, semua pokok tinggi dan renek, jadi tempat perhentian burung2 bangau.  Tempat beradu....


Minta doa, janganlah datang pemikat burung pulak.....Apakah rahsia di sebalik kedatangan beribu burung bangau ke kawasan kediaman manusia ni

No comments:

Post a Comment