Sunday, January 26, 2014

Istanbul - Opah Datang

Dah lama beno Opah tak update blog Opah ni.  Entah kenapa sejak akhir2 ni, malas betul Opah nak menulis.  Nak kata tak ada cite, byk yg boleh dibicarakan.....entahlah.....angin malas tiba2 datang.....

Nasib baik angin malas tak terus bertapak pada Opah.  Tika seluruh rakyat Malaysia sibuk menanti ketibaan tahun 2014, Opah, Tok Wan dan ahli rombongan seramai 39 orang, terbang ke Istanbul.  Kami menaiki pesawat Egypt Air pada jam 6.00 petang, 31 Disember 2013.


Dalam kapal terbang

Kami sepatutnya hanya transit di Bangkok dan di Cairo sebelum ke Istanbul tetapi realitinya kami transit di Bangkok dan kemudian diterbangkan ke Sham al-Sheikh, iaitu lebih kurang 240 km dari Cairo.  Kami difahamkan, kapal terbang tidak dapat mendarat di Cairo kerana masalah cuaca.  Tetapi berdasarkan  berita tv Mesir, terdapat letupan berani mati di kawasan Cairo.  Mana satu yang betul, entahlah......tengok cuaca ok aje...........

Opah & Geng keletihan kat Cairo Airport

Kami sampai ke Istanbul jam 6.48 mlm.  Suhu berada pada 8 degree Celcius.  Kami terus dibawa ke hotel utk makan dan berehat.


Ini course kedua.  course pertama salad.












Nasib baik ada course ketiga......heheheh


Istanbul Eropah menurut pemandu pelancong, dihuni oleh 16 juta penduduk.  Bandarnya bersih.  Jalanraya di tengah bandar, kecil tetapi pemandu tidak terburu2.  Sifat bertolak ansur jelas kelihatan.  Ketika bas kami tidak dapat melepasi jalan kerana kesesakan jalan, ada pemandu kereta dan pejalan kaki menjadi polis trafik menyelesaikan masalah kesesakan.


stesen teksi

Jalan raya bersih - simen diletakkan bagi mengelak tempat berjalan kaki diletakkan kenderaan

Tidak ada sampah langsung di park ni


1 comment: