Sunday, February 2, 2014

Lawatan Menimba Pengalaman

Dulu waktu Opah jadi murid, kerap juga Opah ikut rombongan sekolah.  Kalau tak ikut, tak dapatlah tengok tempat orang.  Bila dah keje, kerap juga Opah dipilih oleh budak2 sekolah tukang jadi pengiring.  Dari rombongan sekolah sampai le ke pengiring pertandingan....tak tau le, apa yang budak2 sekolah ni suka kat Opah.  Nak kata baik, tidak juga.....guru disiplin la katakan...

Ingat bila dah jadi pensyarah, tak ada la lagi kes jadi pengiring.  Rupanya, tugas tu diteruskan juga.  Cumq, bila dah keje kat Putrajaya, barulah tugas pengiring digugurkan.  Kalau pun pergi lawatan yang dikenali sebagai lawatan sambil belajar, Opah  tertanya2, betulkah semua yang ikut tu benar2 dapat pelajaran atau pengajaran.  Lu pikirlah sendiri......

Baru2 ni, Jemaah Surau Al-Maaruf mengadakan lawatan ke tv Al-Hijrah.  Nak tengok rakaman program "Tanyalah Ustaz....."  Opah tak tau menahu tentang rancangan nak pergi lawatan ni.  Kebetulan ketika Opah sampai dari Mekah pada 15 Jan 2014, elok aje mendarat di KLIA dan berada di tempat mengambi luggage,  Opah buka phone, cadang nak call anak bagitahu Opah dah sampai dan minta dia orang datang ambik Opah dan Tok Wan kat airport.  Masa tu la Opah nampak misscalled daripada member sejemaah.  Opah fikir apa pulak ni.  Terus call.  Rupa2nya, dia tanya nak ikut rombongan pergi ke Al-Hijrah ke?

Opah :  Bila nak pi?
Ketua Rombongan : 21 Januari.....nak ikut tak?
Opah : (tanya Tok Wan - Tok Wan kata; " tak letih ke....tu duk batuk tak berhenti2"
            Tak kut.....tahniah le dapat buat program ni.............

Lepas tu, Opah terus lupa kes lawatan tersebut sehingga pada malam 20 Januari ada pengajian di surau.  Masa sembahyang maghrib, Opah heran.  Selalunya ramai juga muslimat, tapi malam tu hanya Opah dan 2,3 muslimat aje.  Yang regular pun tak nampak.  Opah pun tanya pada muslimat yang hadir, mana lagi geng yang lain.  Baru le terbuka balik cite, malam tu nak bertolak pergi KL.  Lepas pengajian, Opah pun ucap selamat berangkat pada muslimat yang hadir pengajian dan akan turut serta lawatan ke TV Al-Hijrah.

Opah tertunggu juga nak dengar cite kawan2 yang pergi lawatan.  Tapi tak ada peluang nak sembang.  Kalau jumpa pun masa pengajian. Masing2 diam dan tak bercerita.  Opah pun malas nak tanya.

Pada 25 Januari, surau mengadakan gotong royong kenduri aqiqah.  Tu pun Opah tahu masa pergi pengajian malam Sabtu 24 Januari.  Opah tanya pukul berapa nak datang.  Ketua jawab jam 8 pagi. Jam 8.15 pagi, Opah pun sampai.  Terkejut Opah bila tengok bawang dah disiang, tomato cantik terhiris halus untuk air asam, cabai juga dan dipotong, kentang dah dibuang kulit.  Alamak, malunya Opah.  Opah tanya ketua, kata datang pukul 8 pagi, you all datang pukul berapa.  Selamba aje dia jawab pukul 7 pagi.

Terdiam Opah.  Apa kena dengan kawan2 ni!

Memandangkan tak ada apa lagi nak buat, Opah pun pergi duduk di khemah berhampiran muslimin yang sedang memotong daging aqiqah lembu.  Bila tengok Opah kat khemah, datang le dua tiga orang muslimah nak bersembang tanya khabar tentang Umrah Opah.  Baru nak bersembang, geng muslimin suruh kami hiris daging untuk dibuat kari dan masak hitam..

Sambil berbual, Opah tanya tentang lawatan.  Macam air paip pecah kawan2 bercerita.  Yang seronoknya, dia bercerita sambil mata liar memerhati seseorang.  Hairan bin ajaib Opah.  Rupa2nya semasa lawatan, geng Opah diuji Allah.  Bas yang mereka naiki, bas lama dan dipandu oleh pemandu India.  Sampai di KL, mereka terus ke Masjid Negara untuk membersihkan diri dan Solat Subuh.  Masing2 tak ada pengalaman di Masjid Negara, jadi tercari2 lah dia orang bilik air.  Kesian dia orang.....

Lepas subuh terus bergerak ke TV Al-Hijrah.  Nak jadi cite, jalan ke TV tak boleh dilalui kerana ada keruntuhan tanah.  Jadi makcik2 dan pakcik2 terpaksa naik tangga menuju puncak.  Sampai di TV, ada geng yang dah batuk2.  Yang batuk duduk di luar, manakala yang ok, masuk mengikut rakaman.  Dia orang  cerita dalam bilik rakaman, bukan main sejuknya.  Nak keluar tak boleh sebab pintu ditutup.  Terpaksalah tunggu juga........

Lepas makan tengah hari yang disediakan oleh TV Al-Hijrah, rombongan bertolak untuk pulang.  Masa turun bukit, ada ahli rombongan yang tergelincir dan ada yang hampir terjatuh.  Maklum yang pergi, bukannya gagah perkasa, dah separuh abad.

Memandangkan baru jam 2 ptg, warga emas ni pun pergi shopping di Jalan TAR.  Disebabkan keletihan, ada seorang ahli rombongan yang tersandung dan terkehel bahu.  Kesihan tenguk dia sakit, dia orang bawa ke klinik, tapi doktor suruh hantar ke hospital.  Memandangkan Hospital Sungai Buluh on the way, dia orang pun bawa ke situ.  Tapi malangnya, driver bas tak nak masuk ke situ.  Kena le pulak, dia orang ambik teksi.  Lama kena tunggu.  Hampir dua jam.....naik marah driver bas sebab bas tu akan digunakan membawa rombongan lain pula pada keesokkan harinya.

Malang terakhir mereka, bila bas tak boleh start.  Kena le warga emas ni menolak bas.  Boleh Opah bayangkan, makcik2 dan 4 orang pakcik tolak bas yang besar.  Kata kawan Opah, malu betul dia orang bila kena tolak bas.  Nak buat macam mana, dah nak jadi.  Driver bas pulak, kerana nak cepat sampai Simpang, bawa bas macam disampuk hantu, punya la laju...........................

Alhamdulillah!  walaupun menghadapi pelbagai ujian, semua selamat sampai ke rumah......Sesungguhnya lawatan itu banyak memberi pengalaman pada yang mengikutinya............

PS...siapa yang ada gambo tolak bas, boleh bagi kat Opah....nanti kita masuk dalam next entry



No comments:

Post a Comment