Sunday, February 2, 2014

Sejarah Nan Agung

Hari kedua Opah di Istanbul sungguh bermakna.  Mana taknya.  Hari ni kami dibawa melawat bandar Istanbul.  Lawatan pertama ke kilang baju kulit.  Sambutan hebat.  Kami dihidangkan dengan peragaan pragawati memakai pelbagai fesyen baju kulit.  Ikut nafsu nak beli, tapi bila kenang bila masa nak pakai baju kulit ni.....maka elok dibuang aje hajat tu......

Opah tengok Tok Wan dok belek baju kulit.  Mesti nak bergaya naik motor beso.....Cadang nak usik, tapi bila kenang harga paling murah USD350  (lebih kurang RM1000.00), tak jadi Opah.  Baru le, belum habis pusing Istanbul, duit dah habis. 39 orang yang pergi, hanya Ustaz Alias yang beli.........tak untung tokey kilang.....

Selesai menjamu mata, kami menuju Masjid Biru.  Teruja Opah nak tengok Masjid Biru.  Ingatkan warnanya biru......rupa2nya tak.  Masa sampai, ramai pelancong yang tiba.....kami hanya diberi masa 20 minit untuk melawat dan melakukan solat tahyatul masjid.  Dah la berbaris panjang.  Masa tu, Opah tengok ada pelancong yang datang membawa anjing.  Biadap sungguh.....

Nama masjid diambil sempena penggunaan perhiasan seramik2 biru yang diambil daripada tempat pembuatan seramik terbaik Iznik. Dibina pada tahun 1609 dan siap pada tahun 1616.  Arkiteknya ialah Mehmed Aga. Terdapat 260 tingkap. Sungguh cantik.  Tak sempat Opah nak ambil gambar sebab masa singkat, dan pengunjung ramai.  Lepas solat tahyatul masjid, terus keluar.  Yang menghairankan Opah, bilangan yang melakukan solat sunat, tak ramai. Tambah pelek, bila ada yang sembahyang tidak mengadap kiblat..........

Tok Wan di Masjid Biru

Kami kemudian dibawa ke Topkapi.  SebenarnyaTopkapi Palace ini dahulunya adalah Istana Sultan Kerajaan Uthmaniyyah selama 400 tahun (1465 - 1856).  Sekarang, istana ni dijadikan muzium yang banyak menyimpan peralatan tokok2 penting seperti tongkat Nabi Musa, pedang panglima2 Islam seperti pedang Syaidina Abu Bakar, Syaidina Umar, pedang Khalid ibni Walid, pedang Syaidina Hamzah, janggut Nabi Muhammad s.a.w, baju Syaidina Fatimah, baju cucu Nabi s.a.w, Hussein.  Malangnya, pelancong tak dibenarkan mengambil gambar dalam muzium.....


Model Istana Sultan Kerajaan Uthmaniyah

Ruang Depan Muzium.  Snap aje terus dengar "No photo, please".  Suara army, bukan pak guard

Pelabuhan Berhampiran Istana

Tok Wan letih 

Salji telah menipis, bunga mula keluar

Pelabuhan Kapal - Sungai Nil

Opah - Nak Masuk Istana, Tok Wan - Nak Keluar Istana


Bekas Tapak Kaki Nabi Muhammad s.a.w (ditutup simen)

Selepas melawat Topkapi, kami dibawa ke Grand Bazaar.  Dikatakan terdapat 500 lebih gerai menjual pelbagai barangan.  Siap aje le poket tu.....Cuma kat sini kena pandai bargain.  Adakala boleh dapat sampai 50 peratus discount.  Kalau nak murah, jangan beli di dalam bazaar, tapi beli gerai2 yang terletak di luar bazaar.  Dalam kena bayar sewa, kat luar, entahlah.....tak sempat tanya pemandu pelancong.  Cuma Opah terkena juga.  Beli key chain, purse, magnet, kat dalam lebih mahal dari luar.................
Tok Wan Di Hadapan Grand Bazaar - ce tengok tangan Tok Wan!

No comments:

Post a Comment