Sunday, March 30, 2014

Cuti Sekolah @ Kenduri Kahwin

Bila sebut aje tentang cuti sekolah, Opah terus terbayang jemputan majlis perkahwinan yang perlu dihadiri.  Tak pergi tak kena sebab dah dijemput.  Tapi kalau sehari hingga empat atau lima majlis yang perlu dihadiri, susah juga Opah dibuatnya.  Tambah2 lagi kalau majlisnya berterabur......satu utara dan satu lagi selatan.  Macam mana tuuuuuuuuuu..................

Masa dulu, kalau nak adakan kenduri kahwin, diadakan mesyuarat antara ahli masyarakat untuk menentukan tarikh kenduri kahwin.....bukan apa.  Tak mahu majlis berjalan serentak.  Sebab, masa dulu, pengendalian kenduri kahwin dilakukan secara bergotong royong.  Kalau dah dua rumah kenduri serentak, rumah sapa nak didahulukan......

Besok nak kenduri, dua tiga hari sebelumnya dah sibuk.  Saudara mara yang jauh dah mula datang untuk membantu tuan rumah.  Budak2 bermain di laman rumah.  Kat dapur, riuh rendah, suara mak cik dan pak cik sibuk menyiang bawang, daging dan sebagainya....masing2 dengan tugas2 tertentu.  Bunyi hilai ketawa dan senda gurau.......Masa ni la, yang solo, intai mengintai....kalau2 ada peluang dapat bercakap dengan idaman hati.

Sekarang, esok nak kenduri...rumah pengantin sunyi aje.  Yang datang pun hanya pembuat pelamin dan katering utk membincangkan keperluan terakhir.  Itu pun kalau ada keperluan.  Kadangkala, pelamin dipasang dua atau tiga hari sebelum majlis.  Yang bestnya, kalau majlis diadakan di dewan, rumah pengantin memang sunyi.......

Ni gambo anak kawan Opah menikah.....Masa sampai surau, sunyi sepi.  Tak ada manusia.  Salah surau ke...pengantin lelaki sibuk call.  Sempat kami solat asar dulu......lepas solat baru rombongan perempuan sampai......dulu perempuan tunggu, sekarang dah terbalik, lelaki pula tunggu....................ambik kau!!!!!!!

Akad Nikah

Serah Mas Kahwin (RM1101.00)

Pakaikan Rantai Tangan

Family Pengantin

Selesai kenduri.....baring, letak tangan atas dahi......kira berapa belanja habis......................

No comments:

Post a Comment