Thursday, April 24, 2014

Manja atau Dimanjakan

Opah ada lima puteri.  Seorang demi seorang meninggalkan Opah.  Mereka membina hidup baru, bekerluarga atau mencari rezki di perantauan.  Tahun ini anak bongsu Opah akan mula mengorak langkah mengikut kakak2nya.  Sayapnya telah mula terbuka....perlahan2 ia terbang mencari sarang baru......

Puteri2 Opah semuanya suka kucing.  Malah, ada yang lebih daripada itu....Bayangkan terkejutnya Opah bila ada anak Opah yang bela hamster.  Pada Opah, hamster tu tikus....tak kisah le kau nama apa.  Hamster tu kalau wangi tak apa juga.  Ini busuk.......boleh dia letak dalam bilik tido...................Tido bersama hamster.

Tu masih ok lagi sebab hamster tido dalam sangkar.  Yang ni lagi hebat.....tido ikut suka hati dia....

Katil Opah

Kerusi Telefon
Buaian 

Katil Kak

Kerusi Tamu

Pendek kata semua tempat dalam rumah Opah ni Boo (nama kucing anak bongsu Opah) conquer.  Marah ke, halau ke, pukul ke, lari kejap aje....nanti datang balik meow, meow tepi kaki.  Complete gesel badan kat kaki,,,,,macam mana nak marah ni!!!!

Anak2 dah jauh dirantau, dengan kucing pun jadi la untuk lawan bercakap.......

No comments:

Post a Comment