Tuesday, April 22, 2014

Taiping - Luar Hujan Lebat, Paip Kering

Taiping atau panggilan daerah Tepen terkenal di seluruh Malaysia sebagai tempat paling tinggi turun hujan.  Sejak Opah lahir hingga sudah sampai ke ufuk senja begini, belum pernah Opah mengalami zaman kekeringan.  Sekarang Tepen dah kering, bukan sekadar tanahnya kering, air takungan pun kering.

Kalau dulu masa kempen pilihanraya, calon2 YB bercakap tentang Selangor yang kerap kering air paipnya...sekarang paip air orang Tepen juga dah kering.  Buat sekian kalinya, catuan air paip mula dilaksanakan di Tepen.  Dua hari ada air, dua hari kering.  

Dulu kalau paip kering, boleh cari telaga.  La ni mana ada lagi telaga.  Kalau nak gali telaga pun, ruang nak gali pula tak ada.   Duduk di rumah panjang yang hanya 20x60 kaki, mana ada ruang nak gali telaga.  Orang yang duduk flat, lagi la tak ada tanah nak digali......jadi pasrah aje le...

Hujan Mencurah


Hujan Lebat dan Angin Kencang

Yang tambah menghairankan Opah ialah  hujan turun lebat tambah dengan ribut lagi tapi air paip masih  dicatu......Nasib baik Opah ada kolam......dua tiga hari  Opah dengan Tok Wan mandi air hujan.....sejuknya sampai ke tulang hitam.....Lepas mandi sure demam.  Opah ingat Opah sorang aje yang demam, rupanya, Tok Wan pun demam.  Orang tua demam, diam aje.....sendiri tanggung.

Dah dua hari kawasan Opah ada air, tapi Opah masih dengar kawasan lain yang akan dicatu.....Kalau Opah kata bala, deme marah.  Apa taknya.  Dulu mana ada bangunan tinggi kat lereng Bukit Maxwell (Bukit Larut). la ni dah macam cendawan tumbuh lepas hujan aje rupanya....

Sapa2 yang ada kuasa tu, tengok2  la sama.. .Jangan seronok buat duit aje, ingat2lah sama tentang mati dan kehidupan selepas mati.  Jangan le sibuk2 ketuanan Melayu, tapi bumi Melayunya, hilang entah ke mana.
.

No comments:

Post a Comment