Sunday, May 11, 2014

Kunyit Hitam

Opah baru dua tahun tinggal di rumah baru.  Bila disebut rumah baru, al-maklumlah pokok kunyit, serai, lengkuas, halia, kari, cabai dan pelbagai jenis pokok herba perlu ditanam semula.  Masa di rumah lama, semua main tanam atas tanah.  Bila pindah, takkan nak cabut pokk2 yg dah besar.  Ada yang lebih tinggi daripada Opah.

Bila dah tua ni, Opah suka tanam pokok herba.  Ada le sepasu pokok belalai gajah yang orang kata bagus untuk darah tinggi dan kencing manis, pokok darah tinggi.  Tak tau la Opah sama ada pokok yang darah tinggi atau Opah nanti sebab tiap2 hari ayam jiran sebelah dok cakar pangkal pokoknya...Kalau ikut hati mahu Opah sembelih buat rendang ayam.  Nasib kau baik ayam....iman masih kuat...

Pokok serai wangi Opah dah tak berapa nak wangi.  Maklum le sebelum ni, tempat Opah, 3 bulan tak turun hujan.  Kebanyakan pokok jadi arwah atau kurus kering.

Dua bulan lepas, Opah menziarahi besan di Sungai Petani.  Besan lelaki suka tanam pokok herba.  Kena dah.  Jumpa geng.  Sembag punya sembang, masa balik diberi sepasu pokok kunyit hitam.  Kecik pokoknya.  Silap haribulan, jadi arwah pulak pokok ni;  Punya takut mati, Tok Wan letak pasu kecik ni di bawah pokok hiasan pasu di bawah porch.  Ambik kau........tak dapat cahaya matahari langsung....

Tergelak besar Opah tengok perangai Tok Wan.  Kot ya pun sayang pokok kunyit hitam tu, tak kan  sembunyi sampai matahari pun tak nampak.  Opah nak ubah ke pasu besar, Tok Wan tak beri, takut mati. Opah kata kat Tok Wan, kalau pokok tu duduk kat pasu kecil, nanti jadi bonsai.  Tapi kalau dok kat pasu besar, mesti dia membesar jadi giant....

At last, kunyit hitam, Opah tukar masuk ke rumah baru yang lebih besar.  Dari tiga helai daun, kini dah banyak helai.  Dan yang best sekali, kunyit hitam dah berbunga.......Pertama kali Opah tengok kunyit hitam berbunga.  Alhamdulillah!!!

Bunga Kunyit Hitam (Kecil - Purple in colour)

Kunyit Hitam (bangalo), Kunyit Biasa ( Pondok )

1 comment: