Sunday, November 9, 2014

Jiran Baru

Dah lama Opah tak update blog Opah ni.  Nak kata sibuk tidak, nak kata tak sibuk pun tidak jugak. Mungkin angin nak menulis tu dah makin pudar agaknya.  Nasib baik angin membaca tidak pudar. Kalau ikut pudar, alamat matilah akal fikiranku.....nauzubillah..

Hari ni Opah nak berbicara tentang jiran.  Orang tua2 pernah berpesan, kalau nak buat rumah, tengok2 siapa jiran kita.  Jiran paling penting kerana bukan kita nak diam kat rumah kita tu sehari dua...kalau duit berguni dalam bank ok la.....tapi hari ni bagi orang yang sedarjah dengan Opah, nak dapat sebuah rumah pun jenuh ulang alik ke bank......pinjam maaa....



Semak samun ditebas : tanda rumah baru bakal muncul

Bakal jiran Opah ni baru mula menebas dan menebang pokok untuk bina rumah.  Tanah miliknya agak rendah, jadi terpaksalah tambak tanah.  

Bila mula bab tambak tanah,,,,,maka bermulalah episod seperti yang pernah Opah lalui ketika membina rumah Opah dan Tok Wan dulu........orang Melayu dan Phdnya....

No comments:

Post a Comment