Monday, November 24, 2014

Kisah dan Teladan

Ada masanya kita merasakan kehidupan kita cukup sempurna.  Apa tidaknya.  Allah mengurniakan kita pasangan hidup.  Rasa kasih sayang dan perlu memerlukan, kita dianugerahi oleh Allah penyeri rumah tangga.  Adakalanya, kita hanya mendapat putera sahaja. Dan tak kurang, yang cuma dikelilingi  puteri. Apapun syukur yang tak terhingga .

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan tahun demi tahun.  Putera dan puteri yang dibelai akhir membesar menjadi wira dan wirawati.  Putaran alam sungguh indah.  Sayap telah tumbuh semuanya dan bergilir2 mereka terbang meninggalkan sarangnya.  Apakah semasa terbang keluar, terbayang di benak untuk pulang semula ke sarang.  Apakah akan menjadi seperti belut pulang ke lumpur atau sireh pulang ke gagang.

Yang tinggal hanyalah pasangan tua, mengira hari bila akan dijemput Allah.  Tiap pagi pabila membuka mata merenung pasangan mencari kepastian apakah matanya telah terbuka atau masih berombak dadanya. Lenguh dan pening hanya disimpan di dada.  Kalau diluah tidak ada apa nak dikata kerana kita serupa,

Bila tidak tertahan derita, kepada doktor diaju cerita,  pada yg tenat, berpindah rumah,  kalau dulu tidur bertemankan pasangan, kini tidur sendirian.  Itulah yg terjadi pd saudaraku.  Ketika pergi mengunjunginya, ia hanya duduk merenung jauh, Keseorangan sedangkan katil di sebelah dihuni lelaki berumur 91 tahun  berbangsa Panjabi dan beragama Sikh. Bapa yang sudah tua itu ditunggu bergilir2. Setiap masa ada yang menguruskan lelaki tua itu.

Malu Opah pada keluarga Panjabi ini bila ditanya mana anak2 abang saudara Opah ini.  Mana isterinya. Setiap kali Opah melawatnya, ia pasti berpesan, esok datang bawa isterinya.  Dan tiap kali diajak, jawapan isterinya, hari ni tak sihat.  Bila ditanya tentang anak2, jawapan klasik diberi, sibuk dgn urusan hidup.....

Tapi pelik, bila sudah dijemput Allah, kenapa semua boleh balik dan bermalam2 berhari2.  Apakah urusan telah selesai......






No comments:

Post a Comment